Pages


Subscribe:

About Me

Friday, June 12, 2009

'Memori Luka' Di Mercu Beach Resort

Salam...

Selesai Danish bermandi-manda, balik ke bilik bersiap-siap utk check-out. Mama lah yg kelam kabut packing semua. Tu pun, lepas aja pakaikan baju utk Danish, mula la dia buat 'drama'... Sebabnya, kalau dah pakai baju kat dia, mula lah dia.."jom...jom..." Takmau tunggu dah. Danish yg mula-mula keluaq bilik...paling laju berjalan.



Danish dah ready...

Berjalan nak menuju ke lobi, mesti kena lalu tepi swimming pool. Danish...apa lagi..meraung lah nak mandi lagi. Tak puas agaknya mandi 3 jam pagi tadi. Tambah-tambah pulak, ada lagi budak-budak yg duk mermandi-manda lagi. Masa tu, dah menangis-nangis dah Danish. Mama mula la nak hangin..hehe. Papa pulak dgn beg lagi. Rupanya, Danish ni berani nak pi kat kolam tu. Sudahnyaaaaaaaaaaa.......


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Jatuh kat tangga nak pi swimming pool tuh. Tersembam. Darah punya lah banyak! Meraung tak payah habaq la...Punya la kuat. Baju penuh dgn darah. Mama dah panic! Taktau nak buat apa dah masa tuh. Darah meleleh-leleh. Ingatkan gigi patah! Sib baik lagi tak patah...kalau dak...rongak la anak Mama...hehe.

Tapi budak 'buas' camtu lahhhh.... :D

Pastu terus kami ke Sg Isap utk hadiri kenduri Nurul, di sebelah pihak lelaki.


Kami bertolak balik lebih kurang 5.15pm setelah rehat2 dan mandi2 dulu di rumah mak Nurul. Sampai di rumah dekat pukul 11 jugak. Itu pun sesampai saja di Genting Sempah, kami terus ikut Jalan Gombak yang lama. Highway jammed! Rupanya ramai jugak yang lalu ikut jalan biasa ni, walaupun agak berbahaya sikit. Kalau kami saja yang lalu, seram gak. Tapi bila ramai, kurang la sikit takutnya. Takut sebab jalannya sempit dan berliku-liku.

Sampai di rumah, semua terus ZZZZzzzzzz...

Wednesday, June 10, 2009

Mercu Beach Resort

Pagi, lepas sarapan, Danish terus mandi kat swimming pool. Punyalah ramai budak2. Dah la kolamnya kecik...tapi ada jugak budak besaq yg mai mandi kat kolam budak kecik. Lagi la padat. Air kolam pun..so-so aja la...takat nak berendam sat boleh la. Papa mulanya nak mandi, tapi tak jadi..hikhik..


Danish berjalan menuju ke kafe utk sarapan - bihun sup (pagi2 dah mkn bihun sup..ayooo)

Mula-mula Danish agak takut bila Papa rendam dlm air..nak menangis lah tu..hehe


Pastu dah makin berani...pun ada 'kawan segera' yg nak melayan..



Tengokkk...Danish tgh melayan 'kawan segera' dia. Nama Aliya...


Mandi..nak bilas badan dari air kolam yang.........

Masuk je bilik..pekena susu sebotol...

to be continued...

Tuesday, June 9, 2009

Kami Ke Kuantan

Salam..

Kami ke Kuantan - 30 May lepas utk meraikan majlis perkahwinan adik Papa, Nurul. Kami bertolak pun dah lewat. Pukul 3.15pm. Sebabnya Sabtu tu Papa kerja. Jadi mmg dah lewat sampai ke Sg Isap, Kuantan. Kami sampai lebih kurang pukul 7 mlm rasanya. Dah tentu la majlis pun dah selesai. Tapi yg penting kami dtg juga utk meraikan pasangan raja sehari ini.

Pengantin kecik..tapi takde pasangan lagi.... :D

Selepas menjamu selera, kami terus ke Mercu Beach Resort. Check-in pun lebih kurang pukul 10 mlm. Dah alang-alang ke Kuantan, boleh jugak bwk Danish jln2. Lagi pun, kami dijemput oleh pasangan raja sehari utk pergi ke majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki, juga di Kuantan.


Papa tgh check-in. Beg pink lagikkk..hehe..beg susu Danish tuh..

Masuk je bilik, ini laaa kerja Danish


Danish tgh menjelajah ke sana ke mari...


to be continued..

Thursday, June 4, 2009

Spree Cleaning Dayssssssssssss

Salam...

Huh..AMAT PENAT!!

Isnin, bermula la Mama memulakan kerja2 pembersihan rumah. Hadoiiiiii...
Bila dah mula kemas2 camnih, rupanya..amatlah byk brg2 yg dah tak guna masih disimpan dlm rumah ni. Berkotak-kotak, berbeg-beg...kertas dan segala macam lagi yg patut dibuang. Itu pun ada yg Papa ambik balik, bila Papa tau Mama buang...benda2 yg Papa rasa penting, tapi dah tak penting bg Mama...wakakaka....Pastu mula la nak 'bergaduh'. Sorang nak buang, sorang nak simpan. Tapi mmg dah tabiat Mama la, kalau mengemas, mesti byk lah brg2 yg akan dibuang. Pastu akan dengaq la Papa membebel.."Semua nak buang...nanti sibuk nak beli lain"...Ok apa beli lain...dpt yg baru...muehehe.

Hari ni, Khamis, masih ada lagi yg perlu dikemaskan. Tolonggggggggggg........

Monday, June 1, 2009

Jemputan Ke Majlis Aqiqah

Salam..

Kami dah pun selamat pulang dari Kuantan. Alhamdulillah, semuanya selesai. Tapi ada 'memori luka' di Cherating untuk Danish. Haaa..apa tuh?? Akan diceritakan untuk n3 akan datang. Kali ini, khas untuk membuat jemputan ke Majlis Aqiqah Danish Aqil Bin Kamarul Arifin. Jemputan ini khas untuk kawan-kawan Papa dan Mama. Sudilah kiranya hadir ke majlis kecil ini.


Thursday, May 28, 2009

Persediaan

Salam...

Perancangannya nak buat majlis aqiqah untuk Danish, cuti sekolah akan datang. Lagi 2 hari aja nak mula cuti sekolah. Cuti 2 minggu saja tapi bila dah plan mcm2 perkara nih, rasanya cuti 2 minggu ni, mmg teramat padat. Persediaan majlis aqiqah, belum buat apa pun. Ye lah, walaupun nak buat kecik2 aja, tapi mesti ada persediaan rapi jugak kan. Hujung minggu lepas baru pi tgk kambing. Malas nak pikiaq byk, Papa & Mama terus aja setuju dgn apa yg ditetapkan. Bab makanan pulak, order dari katering di Rawang aja. Mudah. Kalau nak masak, hadoiiiiiii...jenuh la. Satu, takdak kaki tangan yang secukupnya nak membantu. Kedua, segala peralatan/periuk segala tuh, mana lah ada yang besaq2. Hanya yang comel loteh aja ada kat rumah ni. Sekarang ni mudah saja, order saja, asalkan sedia duitnya. Juga sedang terfikir-fikir nak sediakan apa sebagai ' buah tangan' untuk tetamu. Buntu. Tapi sudah semestinyalah, beli yang siap saja. Hhhmm..mudah dan cepat. Cuma bentuk 'buah tangan' tu aja yang belum ditentukan lagi. Any idea?

Mengenai rumah, hhhmmm..banyaknya nak mengemas. Penatnya. Tapi mujurlah Papa banyak membantu. Danish pun membantu gak..bantu menyepahkan lagi rumah...hehe. Semuanya nak buat dalam masa seminggu sebelum majlis. Sempat ke tidak, taktau lah. Harap-harap sempat lah.

Dan masa cuti ni lah nak siapkan menanda kertas karangan yang paling kurang 140 org pelajar. Mau berbinau biji mata tgk tulisan yang mcm cacing kerawit tuh. Mujur Papa dah tak sesibuk mcm hari tu. Jadi bolehla tgk2 Danish sementara Mama sibuk nak siapkan kerja nih. Tapi Papa memang ringan tulang. Membantu apa sekali pun. Terima kasih Papa! Sayangggggggg Papa..:D

Ok, akan update n3 kami ke Kuantan, Cherating, dan Majlis Aqiqah.

Daaa.......

Saturday, May 23, 2009

Twinkle Twinkle Little Star vs ABC

Balik kerja..santai2 dgn Danish...sambil ambik video Danish nyanyi. Tapi version kingker..kingker..kike..kar... Kalau bukak je youtube nursery ryhmes....bergedik-gedik Danish nyanyi. Pernah sekali pengasuh Danish cerita, seharian Danish asyik menyanyi aja. Menyanyi lagu apatah agaknya. Danish...Danish...

Yang ABC pulak, Papa dan Mama tau, Danish belajaq kat rumah pengasuh. Sebabnya Papa dan Mama tak penah pun duk nyanyi2 ABC kat Danish. Setakat turun naik tangga kat rumah nehh sambil kira ..one..two..three..tu adalah. Rupanya Danish dah boleh sampai G dah pun. Dan baru 2-3 hari lepas pengasuh Danish cerita, anaknya yg darjah 1 tuh, lepas aja balik sekolah, akan keluarkan white board, pastu 'paksa' Danish, Insyirah dan Zikri duduk ngadap depan dia. Dia akan ajaq bebudak 3 org nih..ala-ala kat sekolah. Main cikgu-cikgu camtu...hehe. Kira mcm ulangkaji balik apa yg dia belajaq kat sekolah tadi. Sebab tu lah Mama selalu nampak si kakak ni selalu pakai kasut tumit tinggi dlm rumah. Menurut mak dia a.k.a pengasuh, dia tgh berangan jadi cikgu lah masa tu..haha. Menurut pengasuh, kalau budak-budak 3 org tadi takmau duk ngadap dengaq dia mengajaq, abihnya dia ligan budak2 tu. 'Paksa' suruh ngadap dia dan baca ABC. Baguih jugak 'paksa' camnih..hehe.

Okeh..mai layan video Danish nyanyi, bersantai-santai dgn Mama lepas balik kerja.

Wednesday, May 20, 2009

11 May 2008

11 May 2008 - Ulangtahun lahir Papa yang ke-31.
Sori Mama lambat buat n3 utk Papa nih. Mcm dikata lah...sibuk manjanggggggg.
Mama dan Danish doakan Papa bahagia selalu di samping kami...hehe
Dikurniakan kesihatan yang berpanjangan
Semua yang baik-baiklah, Mama dan Danish doakan.
Tahun ni, xde sesi2 potong2 kek, tiup2 lilin...hehe...
Hanya kami sekeluarga keluaq mkn shj. KFC sajorkk...
Kira 3 in 1 laa...birthday Papa + Hari Ibu + sempena Papa dah abih study


Papa


Mama


Danish

Lepas sesi mkn2...bwk Danish main2 kat situ.

Tengok hahh..menangis...takut naik pusing2 nehhh....saja aja Papa ngusik Danish, suka tgk dia menangis...hehe

Tengok hahh...luasnya nganga...nak turun tak berani, lg pulak duk tgh pusing, lg lah Danish takut. Lagi seronok Papa duk ngusik...


Naik gelongsoq pun menangihhhh...hadoi laaa...nmpk sgt jarang duk bwk keluaq main..


Haaaa...naik ni ok la....duk statik tang tu aja...goyang2 kat situ aja...boleh gelak2 lg...