Pages


Subscribe:

About Me

Thursday, May 28, 2009

Persediaan

Salam...

Perancangannya nak buat majlis aqiqah untuk Danish, cuti sekolah akan datang. Lagi 2 hari aja nak mula cuti sekolah. Cuti 2 minggu saja tapi bila dah plan mcm2 perkara nih, rasanya cuti 2 minggu ni, mmg teramat padat. Persediaan majlis aqiqah, belum buat apa pun. Ye lah, walaupun nak buat kecik2 aja, tapi mesti ada persediaan rapi jugak kan. Hujung minggu lepas baru pi tgk kambing. Malas nak pikiaq byk, Papa & Mama terus aja setuju dgn apa yg ditetapkan. Bab makanan pulak, order dari katering di Rawang aja. Mudah. Kalau nak masak, hadoiiiiiii...jenuh la. Satu, takdak kaki tangan yang secukupnya nak membantu. Kedua, segala peralatan/periuk segala tuh, mana lah ada yang besaq2. Hanya yang comel loteh aja ada kat rumah ni. Sekarang ni mudah saja, order saja, asalkan sedia duitnya. Juga sedang terfikir-fikir nak sediakan apa sebagai ' buah tangan' untuk tetamu. Buntu. Tapi sudah semestinyalah, beli yang siap saja. Hhhmm..mudah dan cepat. Cuma bentuk 'buah tangan' tu aja yang belum ditentukan lagi. Any idea?

Mengenai rumah, hhhmmm..banyaknya nak mengemas. Penatnya. Tapi mujurlah Papa banyak membantu. Danish pun membantu gak..bantu menyepahkan lagi rumah...hehe. Semuanya nak buat dalam masa seminggu sebelum majlis. Sempat ke tidak, taktau lah. Harap-harap sempat lah.

Dan masa cuti ni lah nak siapkan menanda kertas karangan yang paling kurang 140 org pelajar. Mau berbinau biji mata tgk tulisan yang mcm cacing kerawit tuh. Mujur Papa dah tak sesibuk mcm hari tu. Jadi bolehla tgk2 Danish sementara Mama sibuk nak siapkan kerja nih. Tapi Papa memang ringan tulang. Membantu apa sekali pun. Terima kasih Papa! Sayangggggggg Papa..:D

Ok, akan update n3 kami ke Kuantan, Cherating, dan Majlis Aqiqah.

Daaa.......

Saturday, May 23, 2009

Twinkle Twinkle Little Star vs ABC

Balik kerja..santai2 dgn Danish...sambil ambik video Danish nyanyi. Tapi version kingker..kingker..kike..kar... Kalau bukak je youtube nursery ryhmes....bergedik-gedik Danish nyanyi. Pernah sekali pengasuh Danish cerita, seharian Danish asyik menyanyi aja. Menyanyi lagu apatah agaknya. Danish...Danish...

Yang ABC pulak, Papa dan Mama tau, Danish belajaq kat rumah pengasuh. Sebabnya Papa dan Mama tak penah pun duk nyanyi2 ABC kat Danish. Setakat turun naik tangga kat rumah nehh sambil kira ..one..two..three..tu adalah. Rupanya Danish dah boleh sampai G dah pun. Dan baru 2-3 hari lepas pengasuh Danish cerita, anaknya yg darjah 1 tuh, lepas aja balik sekolah, akan keluarkan white board, pastu 'paksa' Danish, Insyirah dan Zikri duduk ngadap depan dia. Dia akan ajaq bebudak 3 org nih..ala-ala kat sekolah. Main cikgu-cikgu camtu...hehe. Kira mcm ulangkaji balik apa yg dia belajaq kat sekolah tadi. Sebab tu lah Mama selalu nampak si kakak ni selalu pakai kasut tumit tinggi dlm rumah. Menurut mak dia a.k.a pengasuh, dia tgh berangan jadi cikgu lah masa tu..haha. Menurut pengasuh, kalau budak-budak 3 org tadi takmau duk ngadap dengaq dia mengajaq, abihnya dia ligan budak2 tu. 'Paksa' suruh ngadap dia dan baca ABC. Baguih jugak 'paksa' camnih..hehe.

Okeh..mai layan video Danish nyanyi, bersantai-santai dgn Mama lepas balik kerja.

Wednesday, May 20, 2009

11 May 2008

11 May 2008 - Ulangtahun lahir Papa yang ke-31.
Sori Mama lambat buat n3 utk Papa nih. Mcm dikata lah...sibuk manjanggggggg.
Mama dan Danish doakan Papa bahagia selalu di samping kami...hehe
Dikurniakan kesihatan yang berpanjangan
Semua yang baik-baiklah, Mama dan Danish doakan.
Tahun ni, xde sesi2 potong2 kek, tiup2 lilin...hehe...
Hanya kami sekeluarga keluaq mkn shj. KFC sajorkk...
Kira 3 in 1 laa...birthday Papa + Hari Ibu + sempena Papa dah abih study


Papa


Mama


Danish

Lepas sesi mkn2...bwk Danish main2 kat situ.

Tengok hahh..menangis...takut naik pusing2 nehhh....saja aja Papa ngusik Danish, suka tgk dia menangis...hehe

Tengok hahh...luasnya nganga...nak turun tak berani, lg pulak duk tgh pusing, lg lah Danish takut. Lagi seronok Papa duk ngusik...


Naik gelongsoq pun menangihhhh...hadoi laaa...nmpk sgt jarang duk bwk keluaq main..


Haaaa...naik ni ok la....duk statik tang tu aja...goyang2 kat situ aja...boleh gelak2 lg...

Saturday, May 16, 2009

Rindu

Salam..

Kali ni nak cerita pasal RINDU! Rindu kepada siapa? Rindu Danish kepada Papanya.

Sepanjang 3 minggu lepas, Papa memang superbz! Sibuk dengan belajaq, sibuk dengan kerja. Sebelum Papa sibuk dgn thesis, kesibukan dgn kerja mmg tak dpt dielak. Keluar 7 a.m., balik 12 a.m. Bayangkanlah, Papa keluaq kerja, Danish belum pun bgn tidoq. Masa Papa balik kerja, Danish dah pun tidoq. Memang tak jumpa langsung. Tu pun, kalau Danish terjaga masa Papa balik kerja, kira bernasib baik la boleh berjumpa. Tapi Papa pun dah penat. Gara-gara nak siapkan tender etc. Yer lah bukan selalu Papa balik lambat, tapi Danish dah pandai merindui Papa dia. Bila dengaq aja pagaq buka, mesti dia cakap...Papa..Papa...(sambil berlari-lari ke sliding door, selak langsir). Padahal, jiran sebelah rumah yang buka pagaq. Kalau dengaq kereta/motor lalu aja depan rumah, pun sama gak.

Tengok!..Gambaq kat atas ni mentafsirkan segalanya! Danish tgh tenung gambaq Papa. Gambaq ni Mama snap curi2. Tgh Danish duk main, tetiba aja senyap. Mama pun jenguk la, nak tgk Danish duk buat apa. Rupanya tgh duk tenung gambaq Papa.

Mama pulak yg kesian tgk dia. Memang dah pandai tunjuk perasaan rindu dah la ni. Besaq dah anak Papa dan Mama nih. Papa sibuk, sampaikan cuti Wesak pun kena pi office. Tapi nasib baik dpt replace cuti tu. Memang cuti hujung minggu Mama dan Danish, hanya di rumah saja. Tak ke mana pun. Nak keluaq pi beli groceries pun takdak masa.

Bagi upah susu sebotol. Sambil hisap susu pun, tak lepas pun gambaq Papa.

Tersenyum-senyum Mama ambik gambaq Danish


Bila selesai saja urusan kerja, Papa terus sibuk dgn thesis. Sebelum ni sibuk utk viva. Tapi kali ni sibuk utk betulkan thesis tu, sebelum binding. Hampir 4 hari jugak Papa di Skudai. Lagi lah bertambah-tambah rindu Danish kat Papa. Syukur, di Skudai, lecturer banyak membantu Papa. Lepak di kedai mamak dan bersambung pulak di rumahnya. Bayangkanlah, pukul 1 a.m. pun masih di rumah lecturer lagi. Menurut Papa, lecturer tersebut sampai tertidoq lah. Suruh kejutkan, utk disemak bila dah siap. TQ Prof Saidin!

Papa di Skudai

Saturday, May 9, 2009

Balik Kampung (Terengganu) Dan Papa ke Skudai

Salam..

Cuti 1 May yang lepas, kami sekeluarga balik Terengganu. Lama dah tak balik. Last balik, masa Raya Aidiladha dulu (Fuhhh...betapa lamanya tak balik). Kesian Danish, lama tak tengok To'ki dan Tok. Kedah pulak, kebetulan balik 2 kali sbb Tokwan (moyang Danish) masuk hospital dan meninggal. Kalau dakkk...lama jugak la nampaknya. Dapat la Danish jumpa Tok dan Tok Wan. Tapi bila balik ada hal kecemasan, semua jadi kelam kabut gak la.

Okeh..balik Terengganu kali ni, bawak Danish pi mandi laut. Alaaa...laut depan rumah PIL aja. Betui2 mengadap Pulau Kapas. Tapi Pulau Kapas tak penah pun sampai lagi (sbb Mama takut naik bot dan yg seangkatan dgnnya..haha). Sebelum ni tak berani bawak Danish mandi laut sbb risau pasai jangkitan kuman kat paru-paru dia laaa...(kes yang Danish masuk hosp dulu tuuu). Jadi kali ni, Papa dan Mama memberanikan. Bukan apa, nak lah jugak bg pengalaman kat Danih mandi laut. Alhamdulillah, Danish tak selsema pun. Sekarang dah besaq, ok dah sikit.

Tapi Danish takut ombakkkkkkkkkkkkk....hehe. Menyorok belakang Mama. Lawak betui la Danish nihhhh. Takut sbb bunyi ombak tu kot. tapi Papa bwk gak Danish berendam..hehe. Dah sebab cuti 3 hari, ramai juga yg bercuti kat chalet2 berhampiran rumah PIL. Tapi Papa dan Mama bwk Danish petang sekali tu aja. Tu pun sat aja. Sbb panas ptg terik sungguh.

Balik kali ni, sempat gak pi mkn kenduri. Pun sempat gak bwk PIL pi Masjid Kristal. Tapi Papa sorang saja yg solat kat sana, sbb Mama n PIL, malas nak keluaq kereta. Cuaca sgt2 panas. Terik sgt. Jadinya kami solat kat surau di kampung berhampiran. Nyaman sket.

Tapi balik kg kali ni, Papa still sibuk. Sibuk nak prepare utk viva (Isnin - 4 May 2009). Betapa susahnya hatinya Mama. Sebenanqnya nak cancel saja balik kampung ni tp dah berjanji, tak syok pulak kan.

Hari terakhir, Ahad, pagi tuh, baru sempat nak pi Pasar Payang. Mama nih, kalau balik Terengganu, sure pi sana. Ya lah kan..tempat sendiri takdak. Yang seakan-akan ada laa...Pekan Rabu. Tu pun kat Aloq Setaq. Dah berapa lama tak pi Aloq Setaq.


Masa pi Pasar Payang, Danish punya lah buat perangai...eeiiii...Sib baik Papa layan dia. Kalau Mama, dah kena cubit tuhhh...hehe. Dalam sibuk2 Mama duk memilih tudung, terjumpa pulak kawan alam maya Mama - catwoman...Mommy Irfan. Sempat Mommy Irfan snap sekeping gambaq Danish bersama Irfan.


Kami bertolak dari Marang lebih kurang pukul 3pm. Planning pukul 12pm nak bertolak, tapiiiiiiii...besalah...hehe. Nak balik awai sbb, pagi Isnin tu, Papa nak pi Skudai pulak. Nasib baik pi dgn kwn Papa. Jadi Mama taklah risau sgt. Kami sampai di Sungai Buloh lebih kurang pukul 12am. Sampai lambat sbb highway jam. Ya lah, cuti 3 hari, org semua pakat balik kg. Dah sampai tu, takleh nak tidoq terus sbb duk kalut dgn slide presentation Papa. Nak print, susun hands-out. Nasib baik dah buat slide siap2. Jadi Mama bantu lah sikit2 mana yang boleh. Kesian gak Papa, dah la penat drive jauh, pastu nak ke Skudai pulak. Nasib baik abg Papa a.k.a abg ipaq tumpang sekali. Jadi bleh la tukaq2.

Pagi, 8am, Isnin, 4 May, Papa pun bertolak. Ambik kawan Papa kat stesen komuter Sg. Buloh..dan terus ke Skudai. Presentation Papa, pukul 4pm. Tapi lebih kurang 1pm, Papa dah sampai Skudai. Mama lah yg paling risau. Papa yg nak buat presentation, of course la bertambah-tambah risau kan. Pesan kat Papa, solat hajat dan byk2 berdoa. Sebelum turn Papa, Mama sempat lagi sms utk tenangkan Papa dan wish good luck utk Papa. Syukurrrrrrr....semuanya berjalan lancar. Rasa nak menitik ayaq mata bila Papa sms, ckp dah selesai semuanya. Cuma ada sikit2 yg perlu Papa betulkan, hanya kesalahan minor shj yg perlu Papa betulkan semula.

Papa sampai rumah lebih kurang pukul 12am. Syukur..selamat pergi dan selamat pulang.


Semua gambaq akan upload nnti. Masa...ya masa...adehhhh....

Monday, May 4, 2009

Nak jawab tag....

Sebelum buat n3 balik ke Tganu, nak jwb tag dulu dari Piah.

1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah anda guna sekarang...

2) Bagitau naper anda suka wallpaper anda?

Sebenaqnya pakai wallpaper ni b4 Earth Hour hari tu. Tapi malaihhhh nak tukaq...duk pakai lah yg ni. Ok gak kan wallpaper ni..nmpk cantik gak. Hitam kan menawan...haha...

3) Sape yang kena tag seterusnya?

Sapa2 yg ghajin....buat lah nooo

Berdebar sungguh hati nih....

Update : Papa dah pun dalam perjalanan balik dari JB. Segalanya sudah selesai. Legaaa....
Sepanjang hari ni, Mama kat sekolah asyik berdebar je...ye laa..risau wooo.
Bila Papa sms, dah selesai semuanya dgn baik...Mama lega sgt2.

Malam tadi baru sampai dari Tganu.
Pagi ni, Papa terus pi JB. Pi dgn kawan, Shahnaz.
Kesian Papa, mesti penat.
Hari ni, pukul 4pm ada presentation.
Huh..hati Mama yang berdebar-debar.
Moga semuanya berjalan lancar.

Nak update pasal balik Tganu, cuti 3 hari nih.
Tapi sbb hati Mama asyik duk mikir psl Papa, nampaknya kena tunggu semua settle baru nak update.