Pages

Subscribe:

About Me

Monday, March 30, 2009

Pasal Danish

Hari ni, hari ke-2 Danish duduk dgn babysitter baru...
Menangis tak payah cakap lah kan....berjurai-jurai ayaq mata bila Mama hantaq tuh.
Mama pulak yang bergenang ayaq mata sbb tinggaikan Danish tgh nangis2 camtu.

Tapiiiiiiii...


Ishhh..


Nanti la...


Tengok seminggu dua lagi camne...

Bukan..bukan sbb Danish nangis...

Tapiiiii...sebabbbbb....

Hurrrmmm....
Assalamualaikum...

Lamanya tak berupdate blog nih. Minggu ni kesibukan melanda. Hanya sempat singgah kat blog kawan2 je. Oh...esok Danish akan mula duduk dgn babysitter baru. Tak..tak..bukan dgn yg Mama ceritakan hari tu. Yang ni lain. Pasni, tetiap hari, Danish kena masuk perkarangan Penjara Sungai Buloh laaa....sebabnya babysitter ni duduk kat kuarters penjara. Apesal hantar jauh? Takde lah jauh sgt pun. Depan dengan Desa Coalfields nih gak. Harap-harap Danish ok lah duduk situ nanti. Jangan banyak meragam dah laa...Risau Papa dan Mama.

Meh layan video Danish mendodoikan diri sendiri masa nak tidoq.

Blurr sket..sbb guna handphone...eeii..tak sikit la..blurr byk..haha

Sunday, March 22, 2009

Macam-macam!

Semalam Papa dan Mama mula mencari nursery baru untuk Danish sbb mulai 1 April nanti, Danish tak duduk dgn babysitter. Sebabnya, babysitter pregnant. Jadi terpaksalah Danish duduk semula nursery. Berat sungguh hati ni nak hantaq ke nursery. Tau sudah la, demam + selsema sudah semestinya. Tiap-tiap bulan pulak tuh! Risau terjadi pulak macam tahun lepas sampai masuk hospital.

Petang Jumaat lepas, ada lah terjumpa sorang kakak ni masa bawak Danish jln2 ptg tuh. Dia kata sanggup nak jaga...TAPIIIIIIIIIIII......Mama berat hati lah! Kakak tu ada soang anak lelaki umur 5 tahun kot. Ada sorang maid. Bukan apa, silap-silap, maid tu yang jaga Danish, bukan kakak tu! Bila kali pertama jumpa maid dia pun, hati dah berat. Bila hati dah rasa lain, nampaknya susah la. Ada nursery baru buka kat Desa Coalfields ni. Nampak mcm ok. Bercakap dah dgn 'teacher' nya, ckp pun lemah lembut je. Nak banding dgn maid tadi, ngeri!..Haha. Ada masa seminggu je nih ank buat keputusan. Danish......Mama risau laaaaa...

Roti berdaging


Semalam terlebih rajin, jadi Mama pun buat lah roti berdaging. Resepi dr MyR. Dah dua kali buat nih. Memang sedap. Ala-ala lasagna. Ok lah tu..lasagna Malaysia! Tapi Papa ckp mcm pizza. Papa ckp tak payah dah pegi mkn Pizza Hut. Mana taknya....Mama letak cheese byk...so bertambah lah yummy. Danish pun layan gak roti berdaging ni. Dinner smlm dan breakfast pagi ni, makan roti berdaging. Kenyang sampai petang. Jadinya, lunch pun dah pukul 5 ptg. Papa yg masak untuk lunch. Papa rajin hari ni...haha.


Oh ya..esok dah mula kerja....Yayyy (betul ke ekspresi nih? Haha..).Mesti Monday blues sepanjang hari. Hadoiiiii.


Friday, March 20, 2009

Budak Comel Mengamuk

Petang semalam, budak comel nih mengamuk. Sebab? Sebab nak keluaq rumah waktu petang. Kalau siap aje mandi + makan....budak comel tau lah...waktu budak comel nak main kat luaq. Tapi la ni, lepas musim hujan ni, dah jadi musim panas lak. Pukul 6.30 ptg duk panas lagi mcm pukul 4 ptg. Kalau dah panas tuh, camna la nak keluaq. Keluaq pukul 7, sat aja dah malam. Jadi Mama ingat tunggu Papa balik kerja lah, boleh bawak budak comel pusing2 naik motor. Tapi rupanya, Mama tak perasan, Papa ym habaq baru nak balik. Time tuh dah pukul 7 lebih dah.

Budak comel baru lepas mandi

Budak comel makan bubur ayam. Kena ada 2 sudu sbb satu utk budak comel main, satu lagi utk Mama suap budak comel

Tadaaa...Abih licin budak comel makan

Tapi malam, Papa bawak budak comel keluaq gak. Bawak pi surau pastu terus pi pasaraya kat Saujana Utama. Suka lah tu budak comel ni, boleh jalan2. Papa cakap, jenuh nak ligan budak comel masa pi pasaraya tu. Berlari sana-sini!


Budak comel mengamuk! Berlinang-linang ayaq mata! Haha..

Merajuk..cari botol susu!

Thursday, March 19, 2009

Muffin vs Popia

Muffin jadi popia. Sebab Papa tak suka sgt mkn muffin dan seangkatan dgnnya. Kalau Mama buat pun, Papa makan sebab nak ambik hati kan...kan Papa kan?..haha.. Papa lebih suka yang goreng2..karipap ke...tp yang penting jangan manis. Jadinya sambil2 duk surf internet tu, sambil duk pikir nak mkn apa utk minum petang. Terjumpa la resepi popia yang simple. So apa lagi...beli bahan...kelentang-kelentung kat dapuq..tadaa...siap...popia goreng. Muffin oren? Tgk lah..esok lusa ke...

Sebelum digoreng

Tgk popia tuh, gulung mcm apa aja..haha. Inti yang Mama buat nih, dapatlah 12 biji popia goreng. Tu pun ada baki 3 biji sampai pagi tadi.

Selepas digoreng
Papa makan sekali 5 biji...huiishhh. Sudahnya, Papa mkn mlm dekat pukul 10, lepas balik surau.
Bahan-bahan nak buat inti duk ada lagi. Kulit popia pun ada lagi. Kot hujung minggu ni jadi pergi berkelah, boleh la buat popia goreng utk bekal.

Wednesday, March 18, 2009

Rajin? Malassss?

Sepanjang hari Ahad dan Isnin mmg xdak peluang nak bwk Danish kayuh tricycle dia. Sbbnya..hujannnnnn. Tapi semalam, Selasa, yayyy..dpt gak keluaq petang, Mama dia yg over..haha. Hilang sikit rasa sakit kepala mama yg asyik terperap dlm rumah nih. Danish punnnn...seronok bukan main, dapat aja keluaq pagaq tuh, terus berlari-lari. Seronok sgt lah gamaknya tuh. Agaknya dia pun tau boring. Kalau hari duduk dgn babysitter, mmg ptg2 Danish leh keluaq. Tapi still dlm pagar lagi lah. Tu pun dah cukup seronok agaknya. Tu cerita semalam!

Hari ni, Papa mc. Jadi hari ni Mama kena masak awal lah. Kalau hari Papa kerja, masak lambat sikit, sbb duduk berdua aja dgn Danish, mkn aja apa yg ada, pagi2 tuh. Lega Mama, Papa ada kat rumah sbb Danish kurang sikit merap (eh, tau ka maksud merap?) Mama. Dia asyik merap Papa laa. Ngekor je mana Papa pegi. Kalau tak dapat ikut, mula la buka loud speaker dia tuh. Suara dia leh tahan gak...lebih kurang suara Mama la..haha. Tapi Mama mmg kena suara kuat...dah kerjanya kena ckp2 dan jerit2...haha. Kalau suara perlahan...hadoiii...penattt.

Mula nak masak tuh, pening (bukan pening sbb pregnant ye Farah..haha). Pening sebab taktau nak masak apa. Cehhh..padahai baru 3 hari duk rumah, dah pening nak pikiaq menu. Mau yang duk rumah tiap2 hari, jenuh sakit kepala, bukan pening lagi. Ikan ada, ayam ada, udang ada. Tapi sayur langsung pun takdak. Akhirnya, decide nak buat ikan sumbat cili dan ayam masak lemak cili api. Masak lemak lagi! Mari menternak lemakkk..haha
Ayam masak lemak cili api


Ayam masak lemak kali ni lain sikit. Ikut resepi Kak Rinn. Selalunya cili api + bwg merah + kunyit hidup + asam keping + daun kunyit + ayam + santan, terus masak sampai mendidih tuh. Tapi ikut resepi nih, kena tumis dulu. Letak sos tiram + serbuk lada putih lagi. So mmg ada kelainan seperti yang selalu Mama buat. Mcm2 cara rupanya nak buat masak lemak cili api nih.


Ikan sumbat cili

Lama dah tak buat ikan sumbat cili nih. Buat pun 2 ekoq aja. Danish makan apa? Danish mkn ikan ni lah. Tapi tak ambik la kat cili tuh. Suap sendiri aja dia. Skang ni susah dah nak suap dia. Nak makan sendiri! Nasi yang tumpah sama banyak dgn yang masuk mulut. Ntah2 yang tumpah lagi banyak..hehe.

Planning nak buat muffin oren. Tapi tgk lah, kalau rajin. Semua bahan dah ada, cuma kena tunggu mood. Nak masak ni kena ikut mood gak tau! Kalau mai mood malas, tak pyh suruh laaa..Tapi kalau mai mood rajin, segala resepi nak cuba..haha. Tgk lah, lepas abih tanda kertas soklan satgi ka...kalau rajin....kalauuuuuuu....


Tuesday, March 17, 2009

Hari Yang Membosankan

Bosan sebab asyik terperap di rumah! Mulalah pening kepala. Lambatnya nak tunggu weekend. Nak pi berkelah!

Semalam, cari-cari resepi buat ayam goreng berempah. Sayur - masak lemak sawi. Papa balik kerja, terus mkn malam..7.15 mlm.

Ayam goreng berempah

Boringnya rutin macam ni. Ni baru cuti seminggu. Kalau cuti 2 minggu, harus dah balik kampung. Banyak sikit aktiviti.

Monday, March 16, 2009

Cerita Hari Ahad


Hari Ahad memang selalu kami 3 beranak bangun tidoq lambat. Hari ni dekat pukul 10am..haha. Melampaukan! Tapi tu kira awai tu bagi Danish. Kalau hari biasa2 tu, selalu pukul 11 ka, 11 lebih ka. Pastu Mama dia la yang kalut sebab nak hantaq kat babysitter sbb nak pi kerja dah pukul 12 tuh. Tapi tu hari kerja la. La ni cuti, bangun lambat pun takpa sebab pagi ada la masa Mama buat kerja rumah dulu or online dulu (ni yang sebenaqnya..haha)


Bila dah bangun lambat tu, semua pakat lapaq la. Tapi Mama ni sakit mata sikit kalau rumah bersepah. Jadi sebelum masak, kena kemas rumah dulu. Jadi ala-ala tarzan gakla tadi, sbb serabut tgk rumah bersepah..haha..Dengan Danish sekali kena marah. Ya la..sebab dia yang paling suka 'mengemas'. Jadi sasarannya Papa laaa...jadi tukang kutip barang2 yang Danish campak..haha.


Sudahnya dekat pukul 12.30 baru masak. Tapi bubur Danish, buat awal2 lagi. Hari ni Danish tukar selera. Selalu makan nasi. Hari ni makan bubur ikan. Menu Papa n Mama...koew tiaw goreng je. Ya la, patut masak untuk breakfast, tapi sebab bgn lambt + kemas rumah, menu breakfast bawak ke lunch.


Sambil Mama goreng koew tiaw, Papa suapkan bubur dulu kat Danish. Senang sikit, nanti dia tak kacau masa Papa n Mama bersantap..hehe.

Keow tiaw goreng udang


Bila dah semua isi perut, layan tv pastu terus zzzzzzzz depan tv. Bukan kami yang tgk tv, tv yang tgk kami..haha. Tak senonoh betuikan..lepas makan, semua jadi ulaq sawa kekenyangan. Tapi Danish biasa la, Papa n Mama tidoq, dia ada je kerja yang tak abih2 dikerjakan. Sambil main, nak gigit Papa la, panjat2 la. Tapi Danish ni, kalau Papa n Mama tidoq, dia tak pi tmpt2 lain..bilik ka, dapur ka...Dia duk main dekat2 Papa n Mama gak. Risau gak, takut dia naik tangga. Naik reti, turun yang tak reti lagi. Lepas tidoq sejam dua..Papa n Mama bangun, baru la Danish tido. Tu pun lepas pekena 2 botol susu, 8oz+8oz..huh..La ni mmg Danish minum susu banyak sungguh. Babysitter pun cakap camtu. Bayangkan... 1kg +100g, dalam masa seminggu aja Danish kerjakan. Jenuh lah..Papa cop duit, beli susu.


Bila dah bgn tidoq tu, duk pikiaq nak buat apa utk minum petang nih. Akhirnya, buat lah sagu gula melaka. Minum petang bawak sampai ke malam. Untuk malam, tak masak apa pun. Danish perabihkan bubur ikan dia. Sambil layan badmintan Chong Wei vs Lin Dan, makan sagu gula melaka. Makan sejuk2..sedapp.


Sagu gula melaka

Sunday, March 15, 2009

Mum Of The Year Award

Farah...ni award untuk tahun 2008 ka 2009? haha.. TQ..nooo

It seems that the award comes with a set of rules which are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Bila marah dan dia menangis keluaq ayaq berjurai-jurai..., pastu rasa kesian plak..pikiaq pulak..kejamnya Mama..padahal dia bukan tau apa pun..haha. Tapi bila marah , dia tak nangis, tak rasa bersalah sangat..haha.

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
  • Mama suka sebab Danish makin comelll...(semua ibu di dunia ni akan cakap semua baby comel..kan?).

  • Mama suka sebab Danish dah pandai ikut belajar solat (walaupun sujud jadi mencangkung.. :D ).

  • Mama suka sebab Danish pandai berceloteh (walaupun dalam bahasa german).

  • Mama suka sebab Danish jarang buat perangai kalau pergi shopping/travel..good boyyy...

  • Mama suka sebab Danish selalu gigit Papa bukan gigit Mama..haha.

  • Mama suka sebab Danish sangatttttttt sayang kat Papa n Mama (we luv u too).
  • Mama suka sebab Danish adalah segala-galaya untuk Papa n Mama

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

Semua ibu di dunia ini deserve untuk award ni. Jadi sesiapa yang baca entry ni, silalah terima award ini. TQ

Saturday, March 14, 2009

Lunch

Lunch hari ni, masak simple aja : Masak lemak cili api udang + cendawan. Pastu udang goreng dgn kacang panjang. Hhmm..udang saja yang ada. Masak pun dah lewat, sedang elok bila Papa balik keje, Mama baru selesai masak. Dah isi perut, mata pun kuyu. Mata Danish aja yg x kuyu...asyik berjalan satu rumah sambil "mengemas"..gggrrrr

Masak lemak cili api udang + cendawan

Goreng kacang panjang + udang

Friday, March 13, 2009

Cuti Sekolah Pun Bermula

Cuti sekolah dah pun bermula, maka masa untuk diluangkan bersama Danish boleh digunakan sepenuhnya. Cuti kali ni tak balik kampung pun. Kesian kat Papa, nanti tinggal sorang2 pulak kan....kan Papa kan...

Hhmm...nak buat apa yer cuti seminggu nih. Bunyi macam takdak kerja aja kan. Haiishh, kalau dah seharian duk rumah dengan Danish,maunya takdak kerja. Lagi banyak kerja ada la. Kerja paling utama, memasak la. Hari kerja, memang jarang masak. Jadi masa cuti ni, boleh la asah skill...haha.

Dan petang-petang boleh bawak Danish main kat playground.Tricycle Danish, dah lama dia tak naik. Mana nak sempat. Masing-masing, Papa dan Mama balik kerja lewat. Papa, dekat pukul 7 malam. Mama pulak, paling awal sampai rumah, pukul 7.30 malam. Hujung minggu, banyak agenda lain..haha..

Jadi, kesempatan cuti sekolah ni, boleh la ajar Danish kayuh tricycle dia tuh. Petang tadi Papa dah rapatkan tempat duduk tricycle tu supaya kaki dia sampai kat pedal tricycle. Harap2 cuti seminggu ni, Danish sempat belajar.

Gambar lama dah yang ni. Ok Danish, esok kita pi playground ye, kalau tak hujannnnnn. La ni musim hujan. Pagi petang hujan. Syukur hujan sebab kurang sikit panas. Daaa....

Tuesday, March 10, 2009

Budak Banyak Akal

Ada sorang budak tu kena marah dengan Papa dia sebab dia nak main kotak tisu kat atas meja. Pastu terus merajuk...ekeke.
Tengok tu, jeling-jeling mata lagi. Merajuk2 pun nak tgk kamera ek....

Terus kalih muka dia, budak merajuk ni...Konon merajuk sangat lah tuhhh...

Merajuk2 pun, akhirnya termakan gak umpan...Gelas lagi besaq dari muka...

Monday, March 9, 2009

Hujung Minggu Yang Pening

Minggu ni cuti 3 hari, sempena sambutan Maulidur Rasul. Tapi Mama cuti 2 hari aja sbb Sabtu ada Hari Sukan di sekolah.Walaupun half day, kira kerja jugak la kan. Tugas Mama buat bunga manggar untuk Rumah Jentayu. Sib baik menang..haha.Hari Sukan Mama bertugas sbg pencatat shj. Selamatttt..duk bwh payung. Kalau pengadil..maunya terbakaq muka kepanasan. Eh..bukannya nak cerita pasai Hari Sukan. Nak cerita pasai hari Ahad tuh (semalam). Papa ajak pi MAPEX 2009. Tapi sudahnya lepas Asar baru kami keluaq. Nak keluaq awai, duk basuh kain yg menimbun la..masak la (walaupun masak simple aja ok :D). Yang membuatkan pening separuh hari duduk di rumah, jiran sebelah duk drill/ketuk dinding. Sudahnya, migrain menyerang. Lama dah Mama tak migrain. Tapi disebabkan, bunyi drill dari pukui 10++ pagi sampai ke pukul 3 ptg, terus migrain. Sepanjang perjalanan nak pi PWTC tu, pening toksah habaq la. Sampai Mama muntah! Sib baik ada plastik dalam kereta. Tanya Papa..isk pregnant ka? Tapi takkan kot...haha.
Sampai aja PWTC, aikkk apesai takdak org ni. Silap tarikh ka silap tempat ni. Cuma ada org duk punggah2 kayu, naik atas lori. Hishh takkan Papa silap tgk kot. Mama yang pening ni, bertambah pening la. Yang Mama tgk ada banner, Furniture Fair 2009. Tu pun dah tamat pun event,7hb. Papa keluaq pi tny2 org kot. Last2 dia masuk dlm kereta, duk tgh call abang dia. Suh check kat internet. Nak double confirm, silap tarikh ka silap tempat. Rupa-rupanya...silap tempat daaaaa...Kat Mid Valley nuuuu. Sib baik Danish tak buat hal. Naik aja kereta, dapat susu sebotol, terus tido sepanjang perjalanan . So kami pun patah balik ke Mid Valley. Kami sampai pun dah pukul 6 lebih. MAPEX tamat pukul 9 mlm. Sebenaqnya pi MAPEX ni, bukan nak beli rumah. Rumah yang ada la ni pun, tak larat bayaq..haha. Papa nak edarkan questionare thesis dia. Tapi susah la pemaju nak respon sbb kena letak nama company semua. So bg pemaju, semua ni p&c kan. Sudahnya, kami pusing2 tgk aja. Tapi tahun ni macam sikit aja penyertaan pemaju. Kesan dari kemelesetan eekonomi ka? Tapi mengikut kata Papa, harga hartanah menurun. Tapi agaknya, org semua ambik langkah berjaga-jaga, untuk kurangkan bebanan hutang. Kami pun keluaq dari dewan pameran tu, lebih kurang pukul 7.45 mlm.
Lepas solat, semua pakat lapaq. Danish pun dan takmau layan dah susu dia. Maknanya dia nak makan lah tu. Mula tu nak mkn kat Rasa Mas. Tapi tak jadi, terus pi McD. Lepas makan terus pi Carrefour. Beli barang-barang sikit..terus balik rumah dgn harapan sempat tgk Chong Wei lawan Lin Dan. Tapi rupanya, awai2 lagi depan dah lawan. Sampai rumah 11.15 mlm. Dah tak sempat tgk badminton, semua pakat ZZZZZZZZZZ. Daaa.....

Saturday, March 7, 2009

Bukit Malawati, Kuala Selangor

Sebenaqnya pi kenduri kawan Papa kat Kuala Selangor. Kawan satu kelas. Sebenaqnya K. Selangor ni bukan la jauh sgt dr rumah kami. Rumah pun dah Sg Buloh hujung2 dah...jadi tak jauh pun sgt dgn K.Selangor. Pi Bukit Malawati ni, atas cadangan kwn Papa la. Mula mcm malaih nak pi, tp Papa insist gak nak pi. Ikutkan aja la. Naik atas guna tram yang disediakan. Sorang RM2. Punya la gerun naik bukit tu. Bukit tu bukannya tinggi sgt, tp pemandu tram tu bwk, punya la laju...Masa naik boleh tahan lagi, tp masa turun, ya Allah, kecut perut masa dia kona tu...Bukan apa, takut jatuh gaung aja. Dah la kami duk kat belah belakang skit. Maunya yg depan selamat, kami yg belakang2 ni, kalau la tak lepas...huh..ngeri!

Kat atas Bukit Malawati ni, banyak monyet. Danish nampak aja monyet ni,bleh plak keluaq dari mulut dia...CATTTT....haha...bukan cat la Danish, ni monkey la.Tapi Danish, suma dia panggil cat.Tiger pun cat..haha
Ada org jual kacang..kacang panjang yang dipotong2 utk bg kat monyet2 ni. Agaknya dorang x jual kacang Cap Tangan (haha), sbb takmau kotor kot kalau monyet2 ni campak kulit kacang. Jadinya jual kacang panjang. Makan tak tinggai sisa. Senang! Kami pun beli la seikat kecik yg dipotong tu. RM1 seikat kecik. Ada jugak habuan utk monyet2 ni.

Monyet tu 'rampas' kacang panjang dari tgn Danish. Meraung kawan sbb rebut kacang dgn monyet tu. Haha...

Muka tak puas hati Danish sbb kacang panjang dia kena curik dgn monyet..haha

Thursday, March 5, 2009

Bukit Tinggi


Ni pun lama dah gak, cuti deepavali lepas, kebetulan ada hal di Lanchang, Pahang. Jadi seawai 10.30 pagi (erk..awai ke?) kami dah bertolak. Masa on the way tu, tetiba aja keluaq idea nak ajak Papa singgah Bukit Tinggi masa balik dari Lanchang nanti. Papa pun setuju..ok lah kan. Balik dari Lanchang pun dah lewat, jadi kami sampai di Bukit Tinggi hampir pukul 6 petang dah. Orang semua pakat nak turun, kami baru nak naik. Masa naik cuaca ok aja. Disebabkan sampai pun dah lambat, angan-angan nak bwk Danish pi Rabbit Park,tak kesampaian sebab park tu tutup pukul 6. Takdak rezeki la kali ni. Kami cuma jalan-jalan kat Colmar Tropicale tu aja. Masa nak turun, hujan pun turun. Punya lah risau masa turun bukit tu. Tapi bila sampai bwh, langsung tak hujan. Kat atas bukit sana aja hujan.Tengok tu, suka sangat Danish berlari sana-sini. Takmau dah pegang tangan.Nak jalan mcm budak besaq.
Jenuh nak ligan dia. Semua tempat dia nak pi. Lari bersungguh-sungguh pulak tuh...

Tak duk diam seminit pun.

Melaka



Jalan-jalan Melaka. Kami di Melaka satu malam aja. Letih tak payah habaq la. Dari JB, singgah Melaka pulak. Bukanya apa, dah alang-alang lalu kan. Kalau saja-saja nak pi tu, taktau la bila nak pi. Lagi pulak jarang duk bawak Danish jalan-jalan luaq KL.

JB


Lama dah pi JB ni, masa cuti raya cina hari tu lagi. Papa yang ada keja kat UTM, mama + Danish pun apa lagiii...pucuk dicita ulam mendatang laa. Last pi JB tahun 2005 dulu. Dekat 4 tahun dah la kiranya. Tumpang dah pi JB, ada kesempatan jumpa Apies dan Kham. Dapat la Danish jumpa dengan kawan-kawan dia. Kami kat JB 3 hari aja. Balik dari JB, singgah Melaka satu malam. Gara-gara nak pi makan ikan bakaq kat Umbai, sanggup la bermalam kat Melaka.

Dulu kita ambik gambaq berdua kan Apies...skang dah berlima. Danish dengan Adam + Iman. Ntah-ntah, tahun depan jumpa sekali lagi, jadi berenam dah kot...muehehe

Kham pun, dulu kita berdua, la ni dah berlima gak...



My Little Hero


My little hero.........Danish Aqil Bin Kamarul Arifin


Wednesday, March 4, 2009

Kali Pertama

Assalaamualaikum....buat kali pertama terjah ke dunia blog...hehehe

Padahai orang lain dah bertahun-tahun, kita baru nak mula.

Ni disebabkan betapa terujanya tengok blog kawan-kawan masa duk ronda-ronda di alam maya nih. Taktau lah rajin ka dak nak update. Sedangkan fp yang dulu duk bersawang tang tu lah.

Harap-harap penyakit "M" tak berjangkit sampai sini.