Pages

Subscribe:

About Me

Friday, August 28, 2009

28 Ogos 2009

Alhamdulillah, genap 5 tahun. Moga kehidupan kami sekeluarga dilimpahi rezeki yang diberkati dan dirahmati Allah. Agar kasih sayang kami sekeluarga berkekalan.

Kejap aja rasa dalam gelak-tangis-susah-senang-gaduh...hehe...

Wednesday, August 26, 2009

26 Ogos 2009

Alhamdulillah, Danish genap 2 tahun. Cepat sgt masa berjalan. Rasa mcm baby lagi. Tapi dah nak dpt adik dah pun :D.

Semoga Danish membesaq dgn sihat dan menjadi anak yang soleh..Amin...

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan
Alhamdulillah, tiba lagi Ramadhan. Selamat bersahur dan selamat berpuasa untuk semua. Moga-moga tahun ini puasa kami sekeluarga dapat berjalan dengan lancar. Tahun lepas Papa dan Mama diduga kerana Danish masuk hospital seawal seminggu berpuasa. Jadi, kelam kabut sikitlah tahun lepas.

Konvokesyen Papa
Tahniah Papa! Akhirnya abih jugak study...hehe. Dalam kesibukan kerja, dapat gak abih. Penat lelah berhasil jugak ye.


Dalam perjalanan ke JB

Check-in di Hotel Crystal Crown - haaa...telefon mmg kegemaran saya!

Rehat jap, maklumlah perjalanan jauh..:D

Lepas rehat, mandi dulu. Syoknya dapat mandi.

Danish dah bersiap-siap, nak keluar dinner

Muka lapaq...sabaq menanti pesanan makanan

Lepas mkn dan kekenyangan....apa lagi...zzzzzzzz

Keesokan pagi, breakfast dulu sebelum check-out dan terus ke UTM

Terpaksa berbaring atas kerusi utk minum susu sementara tunggu Papa register.

Sebelum Papa masuk DSI

Mama dan Danish menunggu di Masjid Sultan Ismail...kesian Danish tido takdak bantal. Mama pun lupa nak bwk bantal kecik. Mama pun naik penat menunggu dari pukul 1 hingga 5 ptg, join tidoq dgn Danish..hehe

Bangun tidoq, main-main dgn kengkawan. Ramai yg tak masuk DSI, tunggu di masjid berhadapan DSI. Lagi pulak, hujan turun.

Hampir pukul 5 ptg, baru selesai.

Lebai kecik


Danish

Sejak dua tiga hari ni, takmau minum susu. Sebab? Sebab sakit gusi. Ada gigi geraham nak keluaq tu. Itu yang asyik merengek aja. Mama naik pening dengaq tangisan Danish. Sib baik Papa nak melayan. Sampaikan pukul 2-3 pagi pun tak tidoq lagi. Sudahnya Danish minum susu dalam cawan. Tapi semua serba tak kena. Nak buka tv la. Takmau pakai baju la. Nak mandi la. Nak ajak turun la. Nak tgk youtube Twinkle2 la. Semua tu Papa yang layankan. Sbb kalau Mama, cepat je tangan ni..haha.

Hadiah Istimewa
Imbas kembali 26 Ogos 2007, hadiah ulangtahun ke-3 perkahwinan pada 28 Ogos adalah kelahiran insan yang dinanti-nantikan - Danish Aqil. Amat menggembirakan hati Papa dan Mama. Sekaligus hadiah untuk ulangtahun hari kelahiran Mama pada 22 September. Bermakna sungguh tahun tu. Kami dilimpahkan dengan rezeki dari Yang Maha Esa.

Danish masa baru lahir

Danish Aqil

Kini, hari ulangtahun ke-2 kelahiran Danish bakal tiba. Ulangtahun ke-5 perkahwinan kami pun sama. Dan 1 Ramadhan kali ini, bertambah maknanya kerana kami bakal menerima ahli keluarga baru, InsyaAllah. Mama rasa, itulah hadiah utk Danish, hadiah untuk Papa dan Mama dan hadiah Ramadhan untuk kami sekeluarga. Moga-moga Mama dapat berpuasa penuh tahun ni, dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan kali ni.


Salam Ramadhan untuk semua.

Sunday, August 9, 2009

Sepi

Salam.....

Lama sungguh Mama tak update blog.
Hanya sekadar berkunjung ke blog kwn2 shj.
Nak kata bz sgt2, takde la pulak.
Agaknya penyakit M kot..haha..
Syuhhh..syuhhh...pi jauh2 penyakit M...

Ogos
17hb - Papa's convocation
26hb - Danish's 2nd birthday
28hb - Our 5th anniversary

Ohhh..masa...cepatnya berlalu