Pages


Subscribe:

About Me

Saturday, May 9, 2009

Balik Kampung (Terengganu) Dan Papa ke Skudai

Salam..

Cuti 1 May yang lepas, kami sekeluarga balik Terengganu. Lama dah tak balik. Last balik, masa Raya Aidiladha dulu (Fuhhh...betapa lamanya tak balik). Kesian Danish, lama tak tengok To'ki dan Tok. Kedah pulak, kebetulan balik 2 kali sbb Tokwan (moyang Danish) masuk hospital dan meninggal. Kalau dakkk...lama jugak la nampaknya. Dapat la Danish jumpa Tok dan Tok Wan. Tapi bila balik ada hal kecemasan, semua jadi kelam kabut gak la.

Okeh..balik Terengganu kali ni, bawak Danish pi mandi laut. Alaaa...laut depan rumah PIL aja. Betui2 mengadap Pulau Kapas. Tapi Pulau Kapas tak penah pun sampai lagi (sbb Mama takut naik bot dan yg seangkatan dgnnya..haha). Sebelum ni tak berani bawak Danish mandi laut sbb risau pasai jangkitan kuman kat paru-paru dia laaa...(kes yang Danish masuk hosp dulu tuuu). Jadi kali ni, Papa dan Mama memberanikan. Bukan apa, nak lah jugak bg pengalaman kat Danih mandi laut. Alhamdulillah, Danish tak selsema pun. Sekarang dah besaq, ok dah sikit.

Tapi Danish takut ombakkkkkkkkkkkkk....hehe. Menyorok belakang Mama. Lawak betui la Danish nihhhh. Takut sbb bunyi ombak tu kot. tapi Papa bwk gak Danish berendam..hehe. Dah sebab cuti 3 hari, ramai juga yg bercuti kat chalet2 berhampiran rumah PIL. Tapi Papa dan Mama bwk Danish petang sekali tu aja. Tu pun sat aja. Sbb panas ptg terik sungguh.

Balik kali ni, sempat gak pi mkn kenduri. Pun sempat gak bwk PIL pi Masjid Kristal. Tapi Papa sorang saja yg solat kat sana, sbb Mama n PIL, malas nak keluaq kereta. Cuaca sgt2 panas. Terik sgt. Jadinya kami solat kat surau di kampung berhampiran. Nyaman sket.

Tapi balik kg kali ni, Papa still sibuk. Sibuk nak prepare utk viva (Isnin - 4 May 2009). Betapa susahnya hatinya Mama. Sebenanqnya nak cancel saja balik kampung ni tp dah berjanji, tak syok pulak kan.

Hari terakhir, Ahad, pagi tuh, baru sempat nak pi Pasar Payang. Mama nih, kalau balik Terengganu, sure pi sana. Ya lah kan..tempat sendiri takdak. Yang seakan-akan ada laa...Pekan Rabu. Tu pun kat Aloq Setaq. Dah berapa lama tak pi Aloq Setaq.


Masa pi Pasar Payang, Danish punya lah buat perangai...eeiiii...Sib baik Papa layan dia. Kalau Mama, dah kena cubit tuhhh...hehe. Dalam sibuk2 Mama duk memilih tudung, terjumpa pulak kawan alam maya Mama - catwoman...Mommy Irfan. Sempat Mommy Irfan snap sekeping gambaq Danish bersama Irfan.


Kami bertolak dari Marang lebih kurang pukul 3pm. Planning pukul 12pm nak bertolak, tapiiiiiiii...besalah...hehe. Nak balik awai sbb, pagi Isnin tu, Papa nak pi Skudai pulak. Nasib baik pi dgn kwn Papa. Jadi Mama taklah risau sgt. Kami sampai di Sungai Buloh lebih kurang pukul 12am. Sampai lambat sbb highway jam. Ya lah, cuti 3 hari, org semua pakat balik kg. Dah sampai tu, takleh nak tidoq terus sbb duk kalut dgn slide presentation Papa. Nak print, susun hands-out. Nasib baik dah buat slide siap2. Jadi Mama bantu lah sikit2 mana yang boleh. Kesian gak Papa, dah la penat drive jauh, pastu nak ke Skudai pulak. Nasib baik abg Papa a.k.a abg ipaq tumpang sekali. Jadi bleh la tukaq2.

Pagi, 8am, Isnin, 4 May, Papa pun bertolak. Ambik kawan Papa kat stesen komuter Sg. Buloh..dan terus ke Skudai. Presentation Papa, pukul 4pm. Tapi lebih kurang 1pm, Papa dah sampai Skudai. Mama lah yg paling risau. Papa yg nak buat presentation, of course la bertambah-tambah risau kan. Pesan kat Papa, solat hajat dan byk2 berdoa. Sebelum turn Papa, Mama sempat lagi sms utk tenangkan Papa dan wish good luck utk Papa. Syukurrrrrrr....semuanya berjalan lancar. Rasa nak menitik ayaq mata bila Papa sms, ckp dah selesai semuanya. Cuma ada sikit2 yg perlu Papa betulkan, hanya kesalahan minor shj yg perlu Papa betulkan semula.

Papa sampai rumah lebih kurang pukul 12am. Syukur..selamat pergi dan selamat pulang.


Semua gambaq akan upload nnti. Masa...ya masa...adehhhh....

0 komen: