Pages

Subscribe:

About Me

Thursday, May 28, 2009

Persediaan

Salam...

Perancangannya nak buat majlis aqiqah untuk Danish, cuti sekolah akan datang. Lagi 2 hari aja nak mula cuti sekolah. Cuti 2 minggu saja tapi bila dah plan mcm2 perkara nih, rasanya cuti 2 minggu ni, mmg teramat padat. Persediaan majlis aqiqah, belum buat apa pun. Ye lah, walaupun nak buat kecik2 aja, tapi mesti ada persediaan rapi jugak kan. Hujung minggu lepas baru pi tgk kambing. Malas nak pikiaq byk, Papa & Mama terus aja setuju dgn apa yg ditetapkan. Bab makanan pulak, order dari katering di Rawang aja. Mudah. Kalau nak masak, hadoiiiiiii...jenuh la. Satu, takdak kaki tangan yang secukupnya nak membantu. Kedua, segala peralatan/periuk segala tuh, mana lah ada yang besaq2. Hanya yang comel loteh aja ada kat rumah ni. Sekarang ni mudah saja, order saja, asalkan sedia duitnya. Juga sedang terfikir-fikir nak sediakan apa sebagai ' buah tangan' untuk tetamu. Buntu. Tapi sudah semestinyalah, beli yang siap saja. Hhhmm..mudah dan cepat. Cuma bentuk 'buah tangan' tu aja yang belum ditentukan lagi. Any idea?

Mengenai rumah, hhhmmm..banyaknya nak mengemas. Penatnya. Tapi mujurlah Papa banyak membantu. Danish pun membantu gak..bantu menyepahkan lagi rumah...hehe. Semuanya nak buat dalam masa seminggu sebelum majlis. Sempat ke tidak, taktau lah. Harap-harap sempat lah.

Dan masa cuti ni lah nak siapkan menanda kertas karangan yang paling kurang 140 org pelajar. Mau berbinau biji mata tgk tulisan yang mcm cacing kerawit tuh. Mujur Papa dah tak sesibuk mcm hari tu. Jadi bolehla tgk2 Danish sementara Mama sibuk nak siapkan kerja nih. Tapi Papa memang ringan tulang. Membantu apa sekali pun. Terima kasih Papa! Sayangggggggg Papa..:D

Ok, akan update n3 kami ke Kuantan, Cherating, dan Majlis Aqiqah.

Daaa.......

6 komen:

Helmiyani said...

betul betu..klu buat majlis ni seronok tapi penat.. mula2 penat nak prepare, dah habis karang penat nak kemas plak...

Jiey^Mien said...

tingat masa befday ian.. penat tapi sonok.. ms akikah tak terasa sgt coz buat kat kampung.. =)

@cu SaYaNg said...

jai,hang buat kekah kat mana?
tak mau jemput aku ka??
hehehehe...dgn penuh muka x malu nya aku offer diri aku :-D

Farwina Faroque said...

bestnye..pukul berapa eh..

Farwina Faroque said...

thanks for inviting kak zura SP..tp can't make it la..ada 1 kenuri on the same date..pastu pukul dua tu, sha ade taekwondo :-(

kamalnzura said...

Yani - kan? mmg penat. memula penat nak pikir psl persediaan, pastu penat tenaga. Tapi puas hati sbb dpt buat majlis utk anak tersyg...:D

Jiey - Sure meriah befday Ian. Danish dulu masa 1st befday buat kat nursery aja. Cuma cukur jambul dgn aqiqah ni aja buat kat rumah.

Piah - Aku mesti jemput hang. Mai noo...bwk Edi sekali :D

Mixxy - Musim cuti sekolah ni, mmg kenduri aja lah kan. :D