Salam...
Hampir sebulan berlalu, baru nak update pasal majlis ni.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Keluarga dari Kedah, semua datang. Sebenarnya, hari raya pun belum tentu kami dapat berkumpul mcm ni. Iya lah, ada yg balik rumah mentua. Jadi majlis kali ni, betul-betul bermakna lah! Tapi dari Terengganu, hanya mak mentua saja yg dapat dtg. Ayah mentua tak berapa sihat.
Tertunailah hasrat Papa dan Mama buat aqiqah untuk Danish. Dulu kami berhasrat nak buat majlis aqiqah ni, setelah Danish pandai berjalan..akhirnya dah berlari pun dia...hehe.
Penat jugak buat kenduri walaupun majlis yg kecik saja.
Itu pun syukur guna caterer utk memasak. Kalaulah masak sendiri, rasanya tak mampu nak buat.
Yang dirai..

Antara yang hadir


Anak-anak saudara

Menu, hanya biasa2 sahaja...
- Nasi beriani
- Nasi putih
- Dah tentu kari kambing..:D
- Ayam masak merah
- Acar ikan
- Acar rampai
- Fried macaroni
- Dessert - Salad buah, agar-agar coklat, agar-agar cermin, baby fruit tarts, brownies, buah tembikai
- Buah tangan untuk tetamu - Pulut kacau (wajik)..isi dlm bekas kecik2 tu..
Tapi sayangnya, sekeping gambaq makanan pun tak ambik...hehe..
Nasib baik, empunya tuan yg membuat baby fruit tarts dan brownies ada upload di blognya.
Terima kasih kepada yang hadir!