Alhamdulillah, tiba lagi Ramadhan. Selamat bersahur dan selamat berpuasa untuk semua. Moga-moga tahun ini puasa kami sekeluarga dapat berjalan dengan lancar. Tahun lepas Papa dan Mama diduga kerana Danish masuk hospital seawal seminggu berpuasa. Jadi, kelam kabut sikitlah tahun lepas.
Konvokesyen Papa
Tahniah Papa! Akhirnya abih jugak study...hehe. Dalam kesibukan kerja, dapat gak abih. Penat lelah berhasil jugak ye.
Dalam perjalanan ke JB
Danish
Sejak dua tiga hari ni, takmau minum susu. Sebab? Sebab sakit gusi. Ada gigi geraham nak keluaq tu. Itu yang asyik merengek aja. Mama naik pening dengaq tangisan Danish. Sib baik Papa nak melayan. Sampaikan pukul 2-3 pagi pun tak tidoq lagi. Sudahnya Danish minum susu dalam cawan. Tapi semua serba tak kena. Nak buka tv la. Takmau pakai baju la. Nak mandi la. Nak ajak turun la. Nak tgk youtube Twinkle2 la. Semua tu Papa yang layankan. Sbb kalau Mama, cepat je tangan ni..haha.
Hadiah Istimewa
Imbas kembali 26 Ogos 2007, hadiah ulangtahun ke-3 perkahwinan pada 28 Ogos adalah kelahiran insan yang dinanti-nantikan - Danish Aqil. Amat menggembirakan hati Papa dan Mama. Sekaligus hadiah untuk ulangtahun hari kelahiran Mama pada 22 September. Bermakna sungguh tahun tu. Kami dilimpahkan dengan rezeki dari Yang Maha Esa.
Kini, hari ulangtahun ke-2 kelahiran Danish bakal tiba. Ulangtahun ke-5 perkahwinan kami pun sama. Dan 1 Ramadhan kali ini, bertambah maknanya kerana kami bakal menerima ahli keluarga baru, InsyaAllah. Mama rasa, itulah hadiah utk Danish, hadiah untuk Papa dan Mama dan hadiah Ramadhan untuk kami sekeluarga. Moga-moga Mama dapat berpuasa penuh tahun ni, dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan kali ni.
Salam Ramadhan untuk semua.
4 komen:
wahhhh..congrats!!!!hangpa dh brp bulan dah nih?hehehee...alhamdulillah...danish nk dpt adik!hope paih nih dpt gal!hehehehe......jaga diri hangpa leklok tambah2 ngan h1n1 tu laa nih...risau jaaa kami!
Papa rasela 26 hb birtday danish & mama kita celebrate 26hb nie dgn bukak pose kat luar tempat rahsia...opss adik pun nak ikut...
Farah - baru masuk 2 bln..baru lg..:D
yeahhh..hope pasni gal..tapi kalau boy pun xpa...boleh jadi gang Danish lg..:D
Papa - yo laaa....
Congratulation
Post a Comment