Pages

Subscribe:

About Me

Saturday, April 4, 2009

Pasal Danish Lagi

31 Mac 2009 - Selasa

1st day Danish duduk dgn babysitter baru. Mama hantar lebih kurang 11.45am. Sampai aja kat rumah babysitter tu, Danish takmau masuk. Mulalah dia buat lembik kaki..haha. Akhirnya Mama dukung. Sebelah kiri beg, sebelah kanan dukung Danish. Mak oiii..berat betoi..hehe. Masuk je dlm rumah...Danish nmpk baby (yg dijaga oleh babysitter tu jugak dan lagi 2 org tak nmpk pun). Terus diam menangis! Danish nih suka baby tau. So Mama pun pesan lah apa yg patut kat babysitter tu. Bancuh susu byk mana, mkn pukul berapa...(hishh...cerewet betoi haku..hehehe), pukul berapa Papa nak ambik..etc..

Layan Danish main dgn baby tu sat, Mama pun nak angkat kaki lahhh....hahhhh..apa lagi...terus Danish pun meraung laa...(kesian pulak masa ni). Babysitter tu pun dukung lah Danish. Sambil pujuk2. Mama pun terus lah pegi keje. Tapi bergenang gak ayaq mata Mama masa drive nak ke sekolah tu...haha. Hadoiii....sensitif sungguh!

Lebih kurang pukul 2pm, Mama call babysitter tuh. Sajalah, nak tanya pasal Danish. Nangis ke tidak lagi. Kata babysitter tuh, kejap je Danish nangis, pastu terus tido. Kesian kan!

Petang, lebih kurang 6.30pm camtu, Papa pun ambik Danish. Mama, pukul 7.30pm baru sampai rumah.

Malam tu, masa Papa dan Mama nak mkn mlm, Danish mcm org yg lapaq sgt2! Danish ni, kalau dia kenyang, dia takkan kacau org lain mkn. Dari situ tau dah, sama ada Danish mkn sikit atau tak mkn langsung! Sudahnya...Mama buatkan bubur utk Danish. Dua mangkuk ok! Licin! Waktu tu dah pukul 10pm! Menitik ayaq mata Mama sambil suap Danish. Papa cakap belum penah lagi tgk Danish lapaq camni waktu mlm.

Kesian Danish!


1 April 2009 - Rabu

Mama hantaq mcm biasa. Tapi hari ni, Mama bwk sekali bekal bubur ayam. Walaupun sebelum ni, babysitter tu ckp, kalau tak bwk pun, dia kasik mkn jugak (Papa sgt bengang ok dgn cara ckp babysitter ni masa memula kami pegi jumpa dia). Pastu adalah bekalkan biskut, kismis, ribena, vitagen. Boleh mkn ramai2 dgn kwn2 Danish yang lain tu. Hari ni pun Danish buat lembik kaki dia. Mcm tau2 aja nak kena hantaq duduk dgn org. Kesian Danish! Menangis sudah semestinya! Cuma hari ni kurang sikit menangisnya dari smlm. Mama pun lega lah sikit.

Petang Papa ambik lewat sikit. Dalam pukul 7pm gitu. Papa ckp masa pegi ambik Danish tu, babysitter tu letak Danish duduk kat kerusi org dewasa kat luar rumah sambil babysitter tu jual burger!!!! Hahhhhhh???? Kalau Danish panjat dan jatuh atas tanah...sapa nk jawab? (atau Mama yg terlampau, terlebih, terover risau?). Dan yg paling terkejut babysitter tu jugak, jual burger kat tepi jln rumah dia! Mama tak kisah kalau nak jual, itu semua usaha kita nak cari rezeki. Tapi please laaaaaa....tunggu la lepas suma anak2 jagaan dah balik! Mama sgt bengang ok!

Kesian Danish!

Dan malamnya, seperti biasa...tahap kelaparan luar biasa Danish jadi lagi. Merengek-rengek. Minta tolong Papa panaskan baki bubur yg tengahari tadi. Sebab Mama dah rasa mcm Danish akan lapaq lagi mlm ni, sbb tu Mama simpan sikit sebelum bwk bekal siang tadi. Masa ni dah memang bengang sgt2!

Mula lah Papa dan Mama ckp2 nak hantaq Danish pegi nursery. Walaupun takut Danish selalu demam dan selsema, tapi tak sanggup nak tgk Danish jadi camni lagi. Kami mula rancang, kita bagi cukup sebulan lah..atau seminggu aja.

Kesian Danish!


2 April 2009 - Khamis

Mama hantaq Danish dalam keadaan terpaksa! Sorry ya Danish! Kita takdak pilihan buat masa ni. Hari ni Danish buat lembik kaki lagi tapi tak menangis. Clever boy! Sampai aja depan pintu, Mama bg salam. Tak berjawab pun. Bagi salam byk kali pun tak berjawab gak. Akhirnya Mama tolak sikit pintu sbb pintu tu tak tertutup rapat. Rupanya ada suaminya. Anaknya umur 7thn tu, dan 3 org anak jagaan dia. (5thn + 3 thn + 6 bln). Baby 6 bln tu tengah meniarap dan menangis. Suaminya yg tgh pujuk. Mama pun bawak Danish masuk. Terus suaminya masuk ke dapur. Rupanya tengah menggoreng ikan! Anaknya yg ambik alih pujuk baby 6 bln tu. Sambil bawak Danish tu, sambil kepala ni terjenguk-jenguk cari babysitter tu. Anak jagaan dia yg umur 5thn tu mcm faham je Mama duk mencari-cari babysitter tu. Dan dia pun ckp lah.. Mak takde! (semua budak2 yg babysitter jaga, panggil Mak kat babysitter ni). Dan secara automatik...anak dia yg umur 7thn tu ckp.....'Syyyhhhhhhh' (dgn ekspresi muka geram kat budak umur 5thn ni). Seolah-olah takmau bg Mama tau lah tu. Time tu..hati Mama mmg dah panas sgt. Patut la suami dia terus ke dapur je tadi. Tak ckp apa2 pulak tu. Rasa bersalah lah tu. Mmg tak salah suaminya yg menjaga budak2 tu. Tapi Mama bukan upah suami dia, Mama upah dia! Dia patut ada di rumah lah selagi budak2 jagaan dia ada.

Nasib baik Danish tak buat perangai sgt sbb Danish duk ngadap baby yang menangis tu. Tapi masa Mama nak angkat kaki je, Danish pun apa lagi...menangis lah! Lepas je Mama keluar, terus suami dia tutup pintu. Tapi Mama berdiri jugak depan pintu sambil pasang telinga. Suami dia yg duk memujuk Danish! Dengan hati yg panas...terpaksa gak pegi keje. Masuk aja dlm kereta, terus call Papa. Cerita apa yg terjadi. Papa pun bengang! Terus Papa ckp, esok hantaq nursery aja lah!. So kali ni mmg kami nekad!

Kesian Danish!

Sampai aja kat sekolah, Mama terus call babysitter tu. Bukan nak marah2 tapi cuma nak pesan, tolong keluarkan bekas bubur Danish. Bukakan tudungnya. Takut berkuap, nanti basi pulak! Boleh pulak babysitter ckp, "laaaaa..kenapa tak pesan kat abg (suami dia) tadi. Akak keluar kejap tadi". Hellllllllllooooooo....tak kuasa haku nak pesan kat laki hang! Mama pun tak kuasa nak tanya dia pegi mana. Sebab Papa dan Mama dah nekad nak hantaq Danish ke nursery.

Petangnya, Papa ambik seperti biasa dan ada lagi perkara yang amat mengejutkan! Masa dia jual burger, 'dikurungnya' Danish + budak 5thn + budak 3 thn kat luar sliding door di balkoni rumah dia. Dia sedang jual burger! Masa Danish nampak Papa, menangis Danish sbb tak sabar nak berdukung dgn Papa. Kesian sungguh Danish. Kalau lah apa2 terjadi masa dia sibuk menjual burger, sapa yg nak jawap?

Dan malam, seperti dua malam lepas, Danish tetap lapaq yang luar biasa! Mama dah ready dengan bubur.

Kesian Danish!


3 April 2009 - Jumaat

Hari ni Papa cuti sbb ada hal yg perlu diuruskan mengenai thesis di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Bangun pagi2, topik kami mengenai Danish. Mengenai dengan siapa Danish nak ditinggalkan. Akhirnya Mama pergi ke rumah babysitter sebelum ni, Kak Liza. Sebelah rumah je. Mama ckp kat dia terus terang, nak mintak tolong dia sekali lagi kalau dia sanggup. Sebab masa hari terakhir Danish duduk rumah Kak Liza ni, dia ada ckp, "takpelah, kalau Danish tak ok duduk sana, dia boleh lagi jaga." So bila teringat dia ckp mcm tu, Mama pun berani lah nak mintak tolong dia. Alhamdulillah, Kak Liza ni setuju. Tapi Mama tak boleh lah mengharapkan Kak Liza ni nak jaga Danish lama sbb dia pun tgh pregnant. Jangka bersalin bln 9 nnti. Jadi Danish tetap akan ke nursery jugak. Cuma masa je belum tentu lagi.

Jadinya bila Kak Liza ni setuju nak jaga semula, lega hati Papa dan Mama. Sementara! Jadi Danish tak perlu lagi nak pi rumah babysitter tu lagi. Takdak lagi nak berlapaq! Takdak lagi nak jadi tukang peneman jaga stall burger!

Pukul 4pm,tgk hp ada missed call dari babysitter tu. Dia call pukul 2.49pm. Masa tu Mama ada kelas, jadinya tak dgr bunyi hp. Mama pun tak call semula! Kejam tak? Tak kejam lah....hahaha...

Papa selesai urusan dia, terus pegi rumah babysitter tu, lebih kurang pukul 6.30pm. Mulanya dia terkejut sbb katanya Mama tak hantaq Danish pun. Mesti lah Papa tau kan, Mama hantaq ke tidak. Sebenaqnya Papa pegi nak ambik semula tilam dan bantal Danish serta nak bagi duit utk 3 hari dia jaga Danish. Terima kasih sbb jaga Danish! Demi nak jaga hati dia, Papa tipu sunat (eh..ada ke tipu sunat?) Papa ckp sbb nak hantaq dan ambik jauh sgt. Sebenaqnya tak logik langsung kan. Sebabnya kalau dah tau jauh, apesal memula nak hantaq rumah dia kan..haha. Tapi Mama rasa dia tau kot sebabnya. Takpe lah, bg pengajaran kat dia, supaya jaga budak2 lain tu dgn betul2.

So buat sementara waktu ni, Papa dan Mama boleh tarik nafas lega. Lepas ni, besaq kemungkinan Danish akan duduk nursery!

Ok..persoalannya, mcm mana Papa dan Mama boleh kenal babysitter tu. Sebenarnya, ada org di Desa Coalfields ni penah hantaq kat dia. Officemate sepupu Papa. Rupanya hari pertama Danish duduk rumah babysitter tu, hari sebelumnya adalah hari terakhir officemate tu hantaq anaknya. Sempat duduk 5 hari je. Menurut kata babysitter tu, anak officemate tu, asyik menangis dan taknak kat dia. Entahlah, bila pikir apa yg terjadi kat Danish, kami tak terkejut pun bila officemate tu hantaq 5 hari je.
Jadi Danish dapatlah berkawan semula dgn Insyirah dan Zikri (anak-anak Kak Liza). Petang-petang boleh main bola. Naik basikal.

6 komen:

aramis2177 said...

Eiiii Jai.....teruknyaa babysitter tuh!awat jd lagu tuh!ada gak noo org mcm tuh...nk jaga budak buat laa cara nak jaga budak.....ni mcm2 lak gheja dia buat..mmg laa xsalah nak cari rezeki kan...tp budak2 tu dah jd tanggungjawab dia....apa2 jadi dia kena tanggung!ishh.....mmg patut hangpa toksah dah pi antaq danish kat dia......teruk sungguh!
anyway....sedap sgt kaa burger dia jual tuh?huhuhu...laku sgt kaa?awat hangpa tak try beli ghasa tgk!
kehkehkeh....*jahat dak kami! *

@cu SaYaNg said...

bila baca cite hang nie,aku teringat cite psl anak sedara aku dulu..

kes dia sama mcm anak hang nie la
org jaga anak sedara aku tu lagi teruk...
dia kurung anak sedara aku & budak2 yg dia jaga dlm bilik...pastu dia keluaq pi jalan2...
ari2 budak2 tu menangis...

bila kak aku amik anak sedara aku,smp umah dia lapaq gile...mcm tak makan 1 ari...

dlm 2-3 mggu lps tu,jiran penjaga tu bgtau kak aku...rupa2 nye selama dia dok jaga budak2 tu,dia x bg depa tu makan lgsg...
dia sibuk pi dok bersembang kat umah jiran...

lepas tu kak aku pun cari helah lah..tak mau antaq pi situ lagi dah...

aku rasa hang pun kena cari tempat lain lah sebelum apa2 jadi...dah jadi nanti menyesal tak guna

Cik Kham & Co said...

Jai sedeylah bace kisah Danish nih...part Danish lapo tuh yg aku betul2 x puas ati..bagus hang x mo dah anto anak kat situ..maslah nyer..bubuq yg hang bekalkan tuk Danish tuh dia bg anak dia mkn ke haper???eiii x patut betullah....

aiii manusia jenis aper lah tuh???sian kat anak2...even bkn anak sendirik ...nak wat kat anak org pun kite x sanggup....ishhhh...kemproh betullah kate org jawe...

kamalnzura said...

Farah, Piah, Kham

Tu lah, kami tak sangka nak jadi camni.

Tak sanggup lagi tgk anak berlapaq. Duk nursery dulu2, tak penah pun jadi camni walaupun budak ramai.

Agaknya dia jaga sbb nak untung saja,
bukan sbb amanah yg kita bg..

harap2 parents budak2 lain tu, alert la pasai ni.kalau dak..kesian kat anak2 depa.

Anonymous said...

nak tanya...yyg jaga baby u teruk tu dok kat area dc berapa? takut terantar kat situ la plak

Anonymous said...

Salam...kak nk tye...kejadian.ni kt dc bpe kak?...