Monday, March 30, 2009
Pasal Danish
Menangis tak payah cakap lah kan....berjurai-jurai ayaq mata bila Mama hantaq tuh.
Mama pulak yang bergenang ayaq mata sbb tinggaikan Danish tgh nangis2 camtu.
Tapiiiiiiii...
Ishhh..
Nanti la...
Tengok seminggu dua lagi camne...
Bukan..bukan sbb Danish nangis...
Tapiiiii...sebabbbbb....
Hurrrmmm....
Lamanya tak berupdate blog nih. Minggu ni kesibukan melanda. Hanya sempat singgah kat blog kawan2 je. Oh...esok Danish akan mula duduk dgn babysitter baru. Tak..tak..bukan dgn yg Mama ceritakan hari tu. Yang ni lain. Pasni, tetiap hari, Danish kena masuk perkarangan Penjara Sungai Buloh laaa....sebabnya babysitter ni duduk kat kuarters penjara. Apesal hantar jauh? Takde lah jauh sgt pun. Depan dengan Desa Coalfields nih gak. Harap-harap Danish ok lah duduk situ nanti. Jangan banyak meragam dah laa...Risau Papa dan Mama.
Meh layan video Danish mendodoikan diri sendiri masa nak tidoq.
Blurr sket..sbb guna handphone...eeii..tak sikit la..blurr byk..haha
Sunday, March 22, 2009
Macam-macam!
Roti berdaging
Oh ya..esok dah mula kerja....Yayyy (betul ke ekspresi nih? Haha..).Mesti Monday blues sepanjang hari. Hadoiiiii.
Friday, March 20, 2009
Budak Comel Mengamuk
Budak comel baru lepas mandi
Budak comel makan bubur ayam. Kena ada 2 sudu sbb satu utk budak comel main, satu lagi utk Mama suap budak comel
Tadaaa...Abih licin budak comel makan
Budak comel mengamuk! Berlinang-linang ayaq mata! Haha..
Merajuk..cari botol susu!
Thursday, March 19, 2009
Muffin vs Popia
Sebelum digoreng
Tgk popia tuh, gulung mcm apa aja..haha. Inti yang Mama buat nih, dapatlah 12 biji popia goreng. Tu pun ada baki 3 biji sampai pagi tadi.
Wednesday, March 18, 2009
Rajin? Malassss?
Ayam masak lemak kali ni lain sikit. Ikut resepi Kak Rinn. Selalunya cili api + bwg merah + kunyit hidup + asam keping + daun kunyit + ayam + santan, terus masak sampai mendidih tuh. Tapi ikut resepi nih, kena tumis dulu. Letak sos tiram + serbuk lada putih lagi. So mmg ada kelainan seperti yang selalu Mama buat. Mcm2 cara rupanya nak buat masak lemak cili api nih.
Ikan sumbat cili
Lama dah tak buat ikan sumbat cili nih. Buat pun 2 ekoq aja. Danish makan apa? Danish mkn ikan ni lah. Tapi tak ambik la kat cili tuh. Suap sendiri aja dia. Skang ni susah dah nak suap dia. Nak makan sendiri! Nasi yang tumpah sama banyak dgn yang masuk mulut. Ntah2 yang tumpah lagi banyak..hehe.
Planning nak buat muffin oren. Tapi tgk lah, kalau rajin. Semua bahan dah ada, cuma kena tunggu mood. Nak masak ni kena ikut mood gak tau! Kalau mai mood malas, tak pyh suruh laaa..Tapi kalau mai mood rajin, segala resepi nak cuba..haha. Tgk lah, lepas abih tanda kertas soklan satgi ka...kalau rajin....kalauuuuuuu....
Tuesday, March 17, 2009
Hari Yang Membosankan
Ayam goreng berempah
Boringnya rutin macam ni. Ni baru cuti seminggu. Kalau cuti 2 minggu, harus dah balik kampung. Banyak sikit aktiviti.
Monday, March 16, 2009
Cerita Hari Ahad
Sudahnya dekat pukul 12.30 baru masak. Tapi bubur Danish, buat awal2 lagi. Hari ni Danish tukar selera. Selalu makan nasi. Hari ni makan bubur ikan. Menu Papa n Mama...koew tiaw goreng je. Ya la, patut masak untuk breakfast, tapi sebab bgn lambt + kemas rumah, menu breakfast bawak ke lunch.
Keow tiaw goreng udang
Bila dah semua isi perut, layan tv pastu terus zzzzzzzz depan tv. Bukan kami yang tgk tv, tv yang tgk kami..haha. Tak senonoh betuikan..lepas makan, semua jadi ulaq sawa kekenyangan. Tapi Danish biasa la, Papa n Mama tidoq, dia ada je kerja yang tak abih2 dikerjakan. Sambil main, nak gigit Papa la, panjat2 la. Tapi Danish ni, kalau Papa n Mama tidoq, dia tak pi tmpt2 lain..bilik ka, dapur ka...Dia duk main dekat2 Papa n Mama gak. Risau gak, takut dia naik tangga. Naik reti, turun yang tak reti lagi. Lepas tidoq sejam dua..Papa n Mama bangun, baru la Danish tido. Tu pun lepas pekena 2 botol susu, 8oz+8oz..huh..La ni mmg Danish minum susu banyak sungguh. Babysitter pun cakap camtu. Bayangkan... 1kg +100g, dalam masa seminggu aja Danish kerjakan. Jenuh lah..Papa cop duit, beli susu.
Bila dah bgn tidoq tu, duk pikiaq nak buat apa utk minum petang nih. Akhirnya, buat lah sagu gula melaka. Minum petang bawak sampai ke malam. Untuk malam, tak masak apa pun. Danish perabihkan bubur ikan dia. Sambil layan badmintan Chong Wei vs Lin Dan, makan sagu gula melaka. Makan sejuk2..sedapp.
Sagu gula melaka
Sunday, March 15, 2009
Mum Of The Year Award
It seems that the award comes with a set of rules which are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Bila marah dan dia menangis keluaq ayaq berjurai-jurai..., pastu rasa kesian plak..pikiaq pulak..kejamnya Mama..padahal dia bukan tau apa pun..haha. Tapi bila marah , dia tak nangis, tak rasa bersalah sangat..haha.
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
- Mama suka sebab Danish makin comelll...(semua ibu di dunia ni akan cakap semua baby comel..kan?).
- Mama suka sebab Danish dah pandai ikut belajar solat (walaupun sujud jadi mencangkung.. :D ).
- Mama suka sebab Danish pandai berceloteh (walaupun dalam bahasa german).
- Mama suka sebab Danish jarang buat perangai kalau pergi shopping/travel..good boyyy...
- Mama suka sebab Danish selalu gigit Papa bukan gigit Mama..haha.
- Mama suka sebab Danish sangatttttttt sayang kat Papa n Mama (we luv u too).
- Mama suka sebab Danish adalah segala-galaya untuk Papa n Mama
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
Semua ibu di dunia ini deserve untuk award ni. Jadi sesiapa yang baca entry ni, silalah terima award ini. TQ
Saturday, March 14, 2009
Lunch
Masak lemak cili api udang + cendawan
Goreng kacang panjang + udang
Friday, March 13, 2009
Cuti Sekolah Pun Bermula
Gambar lama dah yang ni. Ok Danish, esok kita pi playground ye, kalau tak hujannnnnn. La ni musim hujan. Pagi petang hujan. Syukur hujan sebab kurang sikit panas. Daaa....
Tuesday, March 10, 2009
Budak Banyak Akal
Monday, March 9, 2009
Hujung Minggu Yang Pening
Sampai aja PWTC, aikkk apesai takdak org ni. Silap tarikh ka silap tempat ni. Cuma ada org duk punggah2 kayu, naik atas lori. Hishh takkan Papa silap tgk kot. Mama yang pening ni, bertambah pening la. Yang Mama tgk ada banner, Furniture Fair 2009. Tu pun dah tamat pun event,7hb. Papa keluaq pi tny2 org kot. Last2 dia masuk dlm kereta, duk tgh call abang dia. Suh check kat internet. Nak double confirm, silap tarikh ka silap tempat. Rupa-rupanya...silap tempat daaaaa...Kat Mid Valley nuuuu. Sib baik Danish tak buat hal. Naik aja kereta, dapat susu sebotol, terus tido sepanjang perjalanan . So kami pun patah balik ke Mid Valley. Kami sampai pun dah pukul 6 lebih. MAPEX tamat pukul 9 mlm. Sebenaqnya pi MAPEX ni, bukan nak beli rumah. Rumah yang ada la ni pun, tak larat bayaq..haha. Papa nak edarkan questionare thesis dia. Tapi susah la pemaju nak respon sbb kena letak nama company semua. So bg pemaju, semua ni p&c kan. Sudahnya, kami pusing2 tgk aja. Tapi tahun ni macam sikit aja penyertaan pemaju. Kesan dari kemelesetan eekonomi ka? Tapi mengikut kata Papa, harga hartanah menurun. Tapi agaknya, org semua ambik langkah berjaga-jaga, untuk kurangkan bebanan hutang. Kami pun keluaq dari dewan pameran tu, lebih kurang pukul 7.45 mlm.
Lepas solat, semua pakat lapaq. Danish pun dan takmau layan dah susu dia. Maknanya dia nak makan lah tu. Mula tu nak mkn kat Rasa Mas. Tapi tak jadi, terus pi McD. Lepas makan terus pi Carrefour. Beli barang-barang sikit..terus balik rumah dgn harapan sempat tgk Chong Wei lawan Lin Dan. Tapi rupanya, awai2 lagi depan dah lawan. Sampai rumah 11.15 mlm. Dah tak sempat tgk badminton, semua pakat ZZZZZZZZZZ. Daaa.....
Saturday, March 7, 2009
Bukit Malawati, Kuala Selangor



Ada org jual kacang..kacang panjang yang dipotong2 utk bg kat monyet2 ni. Agaknya dorang x jual kacang Cap Tangan (haha), sbb takmau kotor kot kalau monyet2 ni campak kulit kacang. Jadinya jual kacang panjang. Makan tak tinggai sisa. Senang! Kami pun beli la seikat kecik yg dipotong tu. RM1 seikat kecik. Ada jugak habuan utk monyet2 ni.
Monyet tu 'rampas' kacang panjang dari tgn Danish. Meraung kawan sbb rebut kacang dgn monyet tu. Haha...
Muka tak puas hati Danish sbb kacang panjang dia kena curik dgn monyet..haha