Pages


Subscribe:

About Me

Friday, February 26, 2010

33 weeks...................

Pejam celik pejam celik...ada lebih kurang 6/7 minggu aja lagi nih....
Kalau masa Danish dulu minggu 39++ dah selamattttt...
Kali ni???

Thursday, December 10, 2009

21 Weeks

Salam....

Pejam celik pejam celik...dah pun 21 minggu. 5 bulan! Sat aja masa berjalan. Baby pun dah semakin aktif.. esp..waktu malam. Danish pun dah makin pandai, kalau cakap suruh sayang baby...hhhmmm...mai la dia cium kat perut ni... Nanti kalau dah ada depan mata dia...lagi excited kot, jangan duk pukul adik guna bantal busuk dia dah laaa.... :D


Your baby now weights about three quarters of a pound and is approximately 10 1/2 inches long - the length of a carrot. You may soon feel like she's practicing martial arts as her initial fluttering movements turn into full-fledged kicks and nudges. You may also discover a pattern to her activity as you get to know her better. In other developments, your baby's eyebrows and lids are present now, and if you're having a girl, her vagina has begun to form as well.


Sakit bersalin dulu duk teringat lagi...nak hadapi pulak yg ni..harap2 tabah la nak berjuang..:D

Saturday, November 14, 2009

Kalsium & Folrex

Salam...

Lama sungguh tak bersiaran..:D
Nak update sikit pasal pregnancy kali ni. Dah 18 minggu lebih. Tersangat lah lambatnya masa berjalan. Rasa mcm nak aja cepat2 bersalin....hhhmmm..padahai jauh lagi..

Bercakap pasai kalsium..mesti kena cukup kan kalau pregnant. Tapi, akibat tak minum susu atau ambik pil kalsium, tersangat lah seksanya kesan kat badan nih. Hanya harap kalsium dari makanan seharian tu aja. Mana nak cukup kan....hanya ambik obimin saja.



Apa kesannya?...Huhhh...Menderita sakit pinggang dan semua sendi!...Gusi bengkak dan berdarah! Balik keja menangis!..Nak tidoq menangis! Apa taknya....nak gerak ke kanan seksa..ke kiri seksa...sakit yang teramat-amat. Mulanya ingat nak pi mengurut. tapi tanya mak, tak bagi pulak. Dan diri sendiri pun was-was nak pi mengurut. Jadi tanggunglah derita beberapa minggu. Tersangatlah derita ok!

Lepas balik dari T'ganu (next n3 cerita psl balik T'ganu), pegi klinik yg selalu duk buat check-up tu, 1st soalan doc tanya...Minum susu tak?...hehe. Nak minum apanya...tak lalu langsung..beli pun tidak...Pastu doc pun...bg ceramah dia..bla..bla..bla.... Kesudahannya doc bg pil kalsium dan cream massage, Folrex. Bila doc ckp nak bg cream nih, mula la ragu2...bukan apa...org tua2 kan ckp, jgn urut guna minyak or apa2 pun kat pinggang, nnti takut lekat kat muka anak. Bagi doc suma tu mengarut kan, tapi tak salah kan kita ikut ckp org2 tua. Dah doc tu suruh gak guna cream tu, mama pun ambik aja la...tp sampai la ni, masih duk dlm kotak lagi...tak pakai pun.



Dan 2 hari ambik pil kalsium, sakit pinggang dan suma sendi2 makin kurang. Balik keja dah tak nangis dah..haha. Papa pun dah belikan susu anlene. Tak ambik anmum sbb doc kata lemak tinggi. Sampai la ni, still mkn lagi pil kalsium tu. Dah hilang segala sakit2 suma. Legaaaaa....

Sunday, October 18, 2009

No title

Salam,

Lama sungguh tak berupdate blog nih.
Dari bulan puasa hingga dah abih raya pun.

Banyak yang berlaku sejak dua menjak nih...
...mak masuk hospital
...ulang-alik balik kg
...bln puasa, balik 2 kali
...balik raya pun awal dari org lain
...plan raya di Terengganu, bertukar raya di Kedah
...beraya di hospital
...balik Kedah sorang2 - naik bas
...Danish kena chicken pox
...morning sickness
...'selera' nak menghadap laptop, langsung xdak

sekian..



Friday, August 28, 2009

28 Ogos 2009

Alhamdulillah, genap 5 tahun. Moga kehidupan kami sekeluarga dilimpahi rezeki yang diberkati dan dirahmati Allah. Agar kasih sayang kami sekeluarga berkekalan.

Kejap aja rasa dalam gelak-tangis-susah-senang-gaduh...hehe...

Wednesday, August 26, 2009

26 Ogos 2009

Alhamdulillah, Danish genap 2 tahun. Cepat sgt masa berjalan. Rasa mcm baby lagi. Tapi dah nak dpt adik dah pun :D.

Semoga Danish membesaq dgn sihat dan menjadi anak yang soleh..Amin...

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan
Alhamdulillah, tiba lagi Ramadhan. Selamat bersahur dan selamat berpuasa untuk semua. Moga-moga tahun ini puasa kami sekeluarga dapat berjalan dengan lancar. Tahun lepas Papa dan Mama diduga kerana Danish masuk hospital seawal seminggu berpuasa. Jadi, kelam kabut sikitlah tahun lepas.

Konvokesyen Papa
Tahniah Papa! Akhirnya abih jugak study...hehe. Dalam kesibukan kerja, dapat gak abih. Penat lelah berhasil jugak ye.


Dalam perjalanan ke JB

Check-in di Hotel Crystal Crown - haaa...telefon mmg kegemaran saya!

Rehat jap, maklumlah perjalanan jauh..:D

Lepas rehat, mandi dulu. Syoknya dapat mandi.

Danish dah bersiap-siap, nak keluar dinner

Muka lapaq...sabaq menanti pesanan makanan

Lepas mkn dan kekenyangan....apa lagi...zzzzzzzz

Keesokan pagi, breakfast dulu sebelum check-out dan terus ke UTM

Terpaksa berbaring atas kerusi utk minum susu sementara tunggu Papa register.

Sebelum Papa masuk DSI

Mama dan Danish menunggu di Masjid Sultan Ismail...kesian Danish tido takdak bantal. Mama pun lupa nak bwk bantal kecik. Mama pun naik penat menunggu dari pukul 1 hingga 5 ptg, join tidoq dgn Danish..hehe

Bangun tidoq, main-main dgn kengkawan. Ramai yg tak masuk DSI, tunggu di masjid berhadapan DSI. Lagi pulak, hujan turun.

Hampir pukul 5 ptg, baru selesai.

Lebai kecik


Danish

Sejak dua tiga hari ni, takmau minum susu. Sebab? Sebab sakit gusi. Ada gigi geraham nak keluaq tu. Itu yang asyik merengek aja. Mama naik pening dengaq tangisan Danish. Sib baik Papa nak melayan. Sampaikan pukul 2-3 pagi pun tak tidoq lagi. Sudahnya Danish minum susu dalam cawan. Tapi semua serba tak kena. Nak buka tv la. Takmau pakai baju la. Nak mandi la. Nak ajak turun la. Nak tgk youtube Twinkle2 la. Semua tu Papa yang layankan. Sbb kalau Mama, cepat je tangan ni..haha.

Hadiah Istimewa
Imbas kembali 26 Ogos 2007, hadiah ulangtahun ke-3 perkahwinan pada 28 Ogos adalah kelahiran insan yang dinanti-nantikan - Danish Aqil. Amat menggembirakan hati Papa dan Mama. Sekaligus hadiah untuk ulangtahun hari kelahiran Mama pada 22 September. Bermakna sungguh tahun tu. Kami dilimpahkan dengan rezeki dari Yang Maha Esa.

Danish masa baru lahir

Danish Aqil

Kini, hari ulangtahun ke-2 kelahiran Danish bakal tiba. Ulangtahun ke-5 perkahwinan kami pun sama. Dan 1 Ramadhan kali ini, bertambah maknanya kerana kami bakal menerima ahli keluarga baru, InsyaAllah. Mama rasa, itulah hadiah utk Danish, hadiah untuk Papa dan Mama dan hadiah Ramadhan untuk kami sekeluarga. Moga-moga Mama dapat berpuasa penuh tahun ni, dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan kali ni.


Salam Ramadhan untuk semua.

Sunday, August 9, 2009

Sepi

Salam.....

Lama sungguh Mama tak update blog.
Hanya sekadar berkunjung ke blog kwn2 shj.
Nak kata bz sgt2, takde la pulak.
Agaknya penyakit M kot..haha..
Syuhhh..syuhhh...pi jauh2 penyakit M...

Ogos
17hb - Papa's convocation
26hb - Danish's 2nd birthday
28hb - Our 5th anniversary

Ohhh..masa...cepatnya berlalu