Pages


Subscribe:

About Me

Monday, March 30, 2009

Pasal Danish

Hari ni, hari ke-2 Danish duduk dgn babysitter baru...
Menangis tak payah cakap lah kan....berjurai-jurai ayaq mata bila Mama hantaq tuh.
Mama pulak yang bergenang ayaq mata sbb tinggaikan Danish tgh nangis2 camtu.

Tapiiiiiiii...


Ishhh..


Nanti la...


Tengok seminggu dua lagi camne...

Bukan..bukan sbb Danish nangis...

Tapiiiii...sebabbbbb....

Hurrrmmm....
Assalamualaikum...

Lamanya tak berupdate blog nih. Minggu ni kesibukan melanda. Hanya sempat singgah kat blog kawan2 je. Oh...esok Danish akan mula duduk dgn babysitter baru. Tak..tak..bukan dgn yg Mama ceritakan hari tu. Yang ni lain. Pasni, tetiap hari, Danish kena masuk perkarangan Penjara Sungai Buloh laaa....sebabnya babysitter ni duduk kat kuarters penjara. Apesal hantar jauh? Takde lah jauh sgt pun. Depan dengan Desa Coalfields nih gak. Harap-harap Danish ok lah duduk situ nanti. Jangan banyak meragam dah laa...Risau Papa dan Mama.

Meh layan video Danish mendodoikan diri sendiri masa nak tidoq.

Blurr sket..sbb guna handphone...eeii..tak sikit la..blurr byk..haha

Sunday, March 22, 2009

Macam-macam!

Semalam Papa dan Mama mula mencari nursery baru untuk Danish sbb mulai 1 April nanti, Danish tak duduk dgn babysitter. Sebabnya, babysitter pregnant. Jadi terpaksalah Danish duduk semula nursery. Berat sungguh hati ni nak hantaq ke nursery. Tau sudah la, demam + selsema sudah semestinya. Tiap-tiap bulan pulak tuh! Risau terjadi pulak macam tahun lepas sampai masuk hospital.

Petang Jumaat lepas, ada lah terjumpa sorang kakak ni masa bawak Danish jln2 ptg tuh. Dia kata sanggup nak jaga...TAPIIIIIIIIIIII......Mama berat hati lah! Kakak tu ada soang anak lelaki umur 5 tahun kot. Ada sorang maid. Bukan apa, silap-silap, maid tu yang jaga Danish, bukan kakak tu! Bila kali pertama jumpa maid dia pun, hati dah berat. Bila hati dah rasa lain, nampaknya susah la. Ada nursery baru buka kat Desa Coalfields ni. Nampak mcm ok. Bercakap dah dgn 'teacher' nya, ckp pun lemah lembut je. Nak banding dgn maid tadi, ngeri!..Haha. Ada masa seminggu je nih ank buat keputusan. Danish......Mama risau laaaaa...

Roti berdaging


Semalam terlebih rajin, jadi Mama pun buat lah roti berdaging. Resepi dr MyR. Dah dua kali buat nih. Memang sedap. Ala-ala lasagna. Ok lah tu..lasagna Malaysia! Tapi Papa ckp mcm pizza. Papa ckp tak payah dah pegi mkn Pizza Hut. Mana taknya....Mama letak cheese byk...so bertambah lah yummy. Danish pun layan gak roti berdaging ni. Dinner smlm dan breakfast pagi ni, makan roti berdaging. Kenyang sampai petang. Jadinya, lunch pun dah pukul 5 ptg. Papa yg masak untuk lunch. Papa rajin hari ni...haha.


Oh ya..esok dah mula kerja....Yayyy (betul ke ekspresi nih? Haha..).Mesti Monday blues sepanjang hari. Hadoiiiii.


Friday, March 20, 2009

Budak Comel Mengamuk

Petang semalam, budak comel nih mengamuk. Sebab? Sebab nak keluaq rumah waktu petang. Kalau siap aje mandi + makan....budak comel tau lah...waktu budak comel nak main kat luaq. Tapi la ni, lepas musim hujan ni, dah jadi musim panas lak. Pukul 6.30 ptg duk panas lagi mcm pukul 4 ptg. Kalau dah panas tuh, camna la nak keluaq. Keluaq pukul 7, sat aja dah malam. Jadi Mama ingat tunggu Papa balik kerja lah, boleh bawak budak comel pusing2 naik motor. Tapi rupanya, Mama tak perasan, Papa ym habaq baru nak balik. Time tuh dah pukul 7 lebih dah.

Budak comel baru lepas mandi

Budak comel makan bubur ayam. Kena ada 2 sudu sbb satu utk budak comel main, satu lagi utk Mama suap budak comel

Tadaaa...Abih licin budak comel makan

Tapi malam, Papa bawak budak comel keluaq gak. Bawak pi surau pastu terus pi pasaraya kat Saujana Utama. Suka lah tu budak comel ni, boleh jalan2. Papa cakap, jenuh nak ligan budak comel masa pi pasaraya tu. Berlari sana-sini!


Budak comel mengamuk! Berlinang-linang ayaq mata! Haha..

Merajuk..cari botol susu!

Thursday, March 19, 2009

Muffin vs Popia

Muffin jadi popia. Sebab Papa tak suka sgt mkn muffin dan seangkatan dgnnya. Kalau Mama buat pun, Papa makan sebab nak ambik hati kan...kan Papa kan?..haha.. Papa lebih suka yang goreng2..karipap ke...tp yang penting jangan manis. Jadinya sambil2 duk surf internet tu, sambil duk pikir nak mkn apa utk minum petang. Terjumpa la resepi popia yang simple. So apa lagi...beli bahan...kelentang-kelentung kat dapuq..tadaa...siap...popia goreng. Muffin oren? Tgk lah..esok lusa ke...

Sebelum digoreng

Tgk popia tuh, gulung mcm apa aja..haha. Inti yang Mama buat nih, dapatlah 12 biji popia goreng. Tu pun ada baki 3 biji sampai pagi tadi.

Selepas digoreng
Papa makan sekali 5 biji...huiishhh. Sudahnya, Papa mkn mlm dekat pukul 10, lepas balik surau.
Bahan-bahan nak buat inti duk ada lagi. Kulit popia pun ada lagi. Kot hujung minggu ni jadi pergi berkelah, boleh la buat popia goreng utk bekal.

Wednesday, March 18, 2009

Rajin? Malassss?

Sepanjang hari Ahad dan Isnin mmg xdak peluang nak bwk Danish kayuh tricycle dia. Sbbnya..hujannnnnn. Tapi semalam, Selasa, yayyy..dpt gak keluaq petang, Mama dia yg over..haha. Hilang sikit rasa sakit kepala mama yg asyik terperap dlm rumah nih. Danish punnnn...seronok bukan main, dapat aja keluaq pagaq tuh, terus berlari-lari. Seronok sgt lah gamaknya tuh. Agaknya dia pun tau boring. Kalau hari duduk dgn babysitter, mmg ptg2 Danish leh keluaq. Tapi still dlm pagar lagi lah. Tu pun dah cukup seronok agaknya. Tu cerita semalam!

Hari ni, Papa mc. Jadi hari ni Mama kena masak awal lah. Kalau hari Papa kerja, masak lambat sikit, sbb duduk berdua aja dgn Danish, mkn aja apa yg ada, pagi2 tuh. Lega Mama, Papa ada kat rumah sbb Danish kurang sikit merap (eh, tau ka maksud merap?) Mama. Dia asyik merap Papa laa. Ngekor je mana Papa pegi. Kalau tak dapat ikut, mula la buka loud speaker dia tuh. Suara dia leh tahan gak...lebih kurang suara Mama la..haha. Tapi Mama mmg kena suara kuat...dah kerjanya kena ckp2 dan jerit2...haha. Kalau suara perlahan...hadoiii...penattt.

Mula nak masak tuh, pening (bukan pening sbb pregnant ye Farah..haha). Pening sebab taktau nak masak apa. Cehhh..padahai baru 3 hari duk rumah, dah pening nak pikiaq menu. Mau yang duk rumah tiap2 hari, jenuh sakit kepala, bukan pening lagi. Ikan ada, ayam ada, udang ada. Tapi sayur langsung pun takdak. Akhirnya, decide nak buat ikan sumbat cili dan ayam masak lemak cili api. Masak lemak lagi! Mari menternak lemakkk..haha
Ayam masak lemak cili api


Ayam masak lemak kali ni lain sikit. Ikut resepi Kak Rinn. Selalunya cili api + bwg merah + kunyit hidup + asam keping + daun kunyit + ayam + santan, terus masak sampai mendidih tuh. Tapi ikut resepi nih, kena tumis dulu. Letak sos tiram + serbuk lada putih lagi. So mmg ada kelainan seperti yang selalu Mama buat. Mcm2 cara rupanya nak buat masak lemak cili api nih.


Ikan sumbat cili

Lama dah tak buat ikan sumbat cili nih. Buat pun 2 ekoq aja. Danish makan apa? Danish mkn ikan ni lah. Tapi tak ambik la kat cili tuh. Suap sendiri aja dia. Skang ni susah dah nak suap dia. Nak makan sendiri! Nasi yang tumpah sama banyak dgn yang masuk mulut. Ntah2 yang tumpah lagi banyak..hehe.

Planning nak buat muffin oren. Tapi tgk lah, kalau rajin. Semua bahan dah ada, cuma kena tunggu mood. Nak masak ni kena ikut mood gak tau! Kalau mai mood malas, tak pyh suruh laaa..Tapi kalau mai mood rajin, segala resepi nak cuba..haha. Tgk lah, lepas abih tanda kertas soklan satgi ka...kalau rajin....kalauuuuuuu....


Tuesday, March 17, 2009

Hari Yang Membosankan

Bosan sebab asyik terperap di rumah! Mulalah pening kepala. Lambatnya nak tunggu weekend. Nak pi berkelah!

Semalam, cari-cari resepi buat ayam goreng berempah. Sayur - masak lemak sawi. Papa balik kerja, terus mkn malam..7.15 mlm.

Ayam goreng berempah

Boringnya rutin macam ni. Ni baru cuti seminggu. Kalau cuti 2 minggu, harus dah balik kampung. Banyak sikit aktiviti.

Monday, March 16, 2009

Cerita Hari Ahad


Hari Ahad memang selalu kami 3 beranak bangun tidoq lambat. Hari ni dekat pukul 10am..haha. Melampaukan! Tapi tu kira awai tu bagi Danish. Kalau hari biasa2 tu, selalu pukul 11 ka, 11 lebih ka. Pastu Mama dia la yang kalut sebab nak hantaq kat babysitter sbb nak pi kerja dah pukul 12 tuh. Tapi tu hari kerja la. La ni cuti, bangun lambat pun takpa sebab pagi ada la masa Mama buat kerja rumah dulu or online dulu (ni yang sebenaqnya..haha)


Bila dah bangun lambat tu, semua pakat lapaq la. Tapi Mama ni sakit mata sikit kalau rumah bersepah. Jadi sebelum masak, kena kemas rumah dulu. Jadi ala-ala tarzan gakla tadi, sbb serabut tgk rumah bersepah..haha..Dengan Danish sekali kena marah. Ya la..sebab dia yang paling suka 'mengemas'. Jadi sasarannya Papa laaa...jadi tukang kutip barang2 yang Danish campak..haha.


Sudahnya dekat pukul 12.30 baru masak. Tapi bubur Danish, buat awal2 lagi. Hari ni Danish tukar selera. Selalu makan nasi. Hari ni makan bubur ikan. Menu Papa n Mama...koew tiaw goreng je. Ya la, patut masak untuk breakfast, tapi sebab bgn lambt + kemas rumah, menu breakfast bawak ke lunch.


Sambil Mama goreng koew tiaw, Papa suapkan bubur dulu kat Danish. Senang sikit, nanti dia tak kacau masa Papa n Mama bersantap..hehe.

Keow tiaw goreng udang


Bila dah semua isi perut, layan tv pastu terus zzzzzzzz depan tv. Bukan kami yang tgk tv, tv yang tgk kami..haha. Tak senonoh betuikan..lepas makan, semua jadi ulaq sawa kekenyangan. Tapi Danish biasa la, Papa n Mama tidoq, dia ada je kerja yang tak abih2 dikerjakan. Sambil main, nak gigit Papa la, panjat2 la. Tapi Danish ni, kalau Papa n Mama tidoq, dia tak pi tmpt2 lain..bilik ka, dapur ka...Dia duk main dekat2 Papa n Mama gak. Risau gak, takut dia naik tangga. Naik reti, turun yang tak reti lagi. Lepas tidoq sejam dua..Papa n Mama bangun, baru la Danish tido. Tu pun lepas pekena 2 botol susu, 8oz+8oz..huh..La ni mmg Danish minum susu banyak sungguh. Babysitter pun cakap camtu. Bayangkan... 1kg +100g, dalam masa seminggu aja Danish kerjakan. Jenuh lah..Papa cop duit, beli susu.


Bila dah bgn tidoq tu, duk pikiaq nak buat apa utk minum petang nih. Akhirnya, buat lah sagu gula melaka. Minum petang bawak sampai ke malam. Untuk malam, tak masak apa pun. Danish perabihkan bubur ikan dia. Sambil layan badmintan Chong Wei vs Lin Dan, makan sagu gula melaka. Makan sejuk2..sedapp.


Sagu gula melaka