Pages


Subscribe:

About Me

Monday, March 9, 2009

Hujung Minggu Yang Pening

Minggu ni cuti 3 hari, sempena sambutan Maulidur Rasul. Tapi Mama cuti 2 hari aja sbb Sabtu ada Hari Sukan di sekolah.Walaupun half day, kira kerja jugak la kan. Tugas Mama buat bunga manggar untuk Rumah Jentayu. Sib baik menang..haha.Hari Sukan Mama bertugas sbg pencatat shj. Selamatttt..duk bwh payung. Kalau pengadil..maunya terbakaq muka kepanasan. Eh..bukannya nak cerita pasai Hari Sukan. Nak cerita pasai hari Ahad tuh (semalam). Papa ajak pi MAPEX 2009. Tapi sudahnya lepas Asar baru kami keluaq. Nak keluaq awai, duk basuh kain yg menimbun la..masak la (walaupun masak simple aja ok :D). Yang membuatkan pening separuh hari duduk di rumah, jiran sebelah duk drill/ketuk dinding. Sudahnya, migrain menyerang. Lama dah Mama tak migrain. Tapi disebabkan, bunyi drill dari pukui 10++ pagi sampai ke pukul 3 ptg, terus migrain. Sepanjang perjalanan nak pi PWTC tu, pening toksah habaq la. Sampai Mama muntah! Sib baik ada plastik dalam kereta. Tanya Papa..isk pregnant ka? Tapi takkan kot...haha.
Sampai aja PWTC, aikkk apesai takdak org ni. Silap tarikh ka silap tempat ni. Cuma ada org duk punggah2 kayu, naik atas lori. Hishh takkan Papa silap tgk kot. Mama yang pening ni, bertambah pening la. Yang Mama tgk ada banner, Furniture Fair 2009. Tu pun dah tamat pun event,7hb. Papa keluaq pi tny2 org kot. Last2 dia masuk dlm kereta, duk tgh call abang dia. Suh check kat internet. Nak double confirm, silap tarikh ka silap tempat. Rupa-rupanya...silap tempat daaaaa...Kat Mid Valley nuuuu. Sib baik Danish tak buat hal. Naik aja kereta, dapat susu sebotol, terus tido sepanjang perjalanan . So kami pun patah balik ke Mid Valley. Kami sampai pun dah pukul 6 lebih. MAPEX tamat pukul 9 mlm. Sebenaqnya pi MAPEX ni, bukan nak beli rumah. Rumah yang ada la ni pun, tak larat bayaq..haha. Papa nak edarkan questionare thesis dia. Tapi susah la pemaju nak respon sbb kena letak nama company semua. So bg pemaju, semua ni p&c kan. Sudahnya, kami pusing2 tgk aja. Tapi tahun ni macam sikit aja penyertaan pemaju. Kesan dari kemelesetan eekonomi ka? Tapi mengikut kata Papa, harga hartanah menurun. Tapi agaknya, org semua ambik langkah berjaga-jaga, untuk kurangkan bebanan hutang. Kami pun keluaq dari dewan pameran tu, lebih kurang pukul 7.45 mlm.
Lepas solat, semua pakat lapaq. Danish pun dan takmau layan dah susu dia. Maknanya dia nak makan lah tu. Mula tu nak mkn kat Rasa Mas. Tapi tak jadi, terus pi McD. Lepas makan terus pi Carrefour. Beli barang-barang sikit..terus balik rumah dgn harapan sempat tgk Chong Wei lawan Lin Dan. Tapi rupanya, awai2 lagi depan dah lawan. Sampai rumah 11.15 mlm. Dah tak sempat tgk badminton, semua pakat ZZZZZZZZZZ. Daaa.....

1 komen:

aramis2177 said...

wooo...ada MAPEX kaaa?best tu kalau kami ada sana.....hehehee....sian hangpa sampai pening2....haaa?peknen kaaa?mana tau betui tekaan kamarul tuh!!!!hehehhehee AMIN!