Pages


Subscribe:

About Me

Saturday, July 11, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

MomBloggerPlanet Cutest Baby in Car Seat Contest

Tak cute pun xpa lah kan...join suka2..:D


Nama : Danish Aqil Bin Kamarul Arifin

Tarikh Lahir : 26 Ogos 2007



Danish memang dah tau, kalau naik aja kereta..sini lah tempat dia. Papa dan Mama memang masukkan car seat dlm list utk membeli barang2 baby masa pregnant dulu... sebab Mama dan Papa tahu betapa pentingnya car seat ni. Terutamanya bagi kami sekeluarga yang memang perlukan masa yang lama utk travel balik kampung (Kedah & Terengganu).

Di samping Mama tak kelenguhan memegang Danish..hehe...yang paling penting ialah keselamatan! Kalau kita pegang baby, belum tentu selamat kalau berlaku sesuatu yg tak diingini. Malangkan tak berbau! Keselamatan yang paling penting. Jadi, kepada ibu bapa yang masih ragu-ragu nak melaburkan wang utk membeli car seat, fikirkan dulu tentang keselamatan anak2 kita ye...Sama pentingnya seperti tali pinggang keledar sepertimana yang diwajibkan oleh pihak berkuasa negara kita. Kalaulah negara kita jugak mewajibkan penggunaan car seat, alangkah bagusnya...sepertimana di negara2 luar.

Danish mula duduk dalam car seat sejak berusia 3 bulan. Papa dan Mama mmg nak latih Danish dari awal. Nanti kalau dah besar baru nak ajar suruh duduk dalam car seat ni....haduhhh...maunya Danish meraung sepanjang perjalanan.

Tambah pulak, masa Mama nak keluar berdua-duaan dgn Danish. Memang mudah kerja Mama. Siap boleh 'berborak-borak' dgn Mama lagik!..

Syukur, hingga sekarang Danish masih bagi kerjasama untuk mengurangkan lenguh Mama...:D. Kadangkala ada jugak tangisan protes takmau duduk dalam car seat tapi Papa dan Mama anggap saja tangisan tu sebagai lagu..hohoho....Tapi akhirnya Danish akur jugak setelah diupah biskut tiger ataupun susu sebotol...Pandaiiiiiii Danish...



Hingga kini....car seat ni masih setia berkhidmat lagi.

This contest is proudly sponsored by:





Tuesday, July 7, 2009

Majlis Aqiqah

Salam...

Hampir sebulan berlalu, baru nak update pasal majlis ni.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Keluarga dari Kedah, semua datang. Sebenarnya, hari raya pun belum tentu kami dapat berkumpul mcm ni. Iya lah, ada yg balik rumah mentua. Jadi majlis kali ni, betul-betul bermakna lah! Tapi dari Terengganu, hanya mak mentua saja yg dapat dtg. Ayah mentua tak berapa sihat.

Tertunailah hasrat Papa dan Mama buat aqiqah untuk Danish. Dulu kami berhasrat nak buat majlis aqiqah ni, setelah Danish pandai berjalan..akhirnya dah berlari pun dia...hehe.

Penat jugak buat kenduri walaupun majlis yg kecik saja.
Itu pun syukur guna caterer utk memasak. Kalaulah masak sendiri, rasanya tak mampu nak buat.

Yang dirai..


Antara yang hadir


Anak-anak saudara



Menu, hanya biasa2 sahaja...

- Nasi beriani
- Nasi putih
- Dah tentu kari kambing..:D
- Ayam masak merah
- Acar ikan
- Acar rampai
- Fried macaroni
- Dessert - Salad buah, agar-agar coklat, agar-agar cermin, baby fruit tarts, brownies, buah tembikai
- Buah tangan untuk tetamu - Pulut kacau (wajik)..isi dlm bekas kecik2 tu..

Tapi sayangnya, sekeping gambaq makanan pun tak ambik...hehe..
Nasib baik, empunya tuan yg membuat baby fruit tarts dan brownies ada upload di blognya.





Terima kasih kepada yang hadir!