Pages


Subscribe:

About Me

Friday, June 12, 2009

'Memori Luka' Di Mercu Beach Resort

Salam...

Selesai Danish bermandi-manda, balik ke bilik bersiap-siap utk check-out. Mama lah yg kelam kabut packing semua. Tu pun, lepas aja pakaikan baju utk Danish, mula la dia buat 'drama'... Sebabnya, kalau dah pakai baju kat dia, mula lah dia.."jom...jom..." Takmau tunggu dah. Danish yg mula-mula keluaq bilik...paling laju berjalan.



Danish dah ready...

Berjalan nak menuju ke lobi, mesti kena lalu tepi swimming pool. Danish...apa lagi..meraung lah nak mandi lagi. Tak puas agaknya mandi 3 jam pagi tadi. Tambah-tambah pulak, ada lagi budak-budak yg duk mermandi-manda lagi. Masa tu, dah menangis-nangis dah Danish. Mama mula la nak hangin..hehe. Papa pulak dgn beg lagi. Rupanya, Danish ni berani nak pi kat kolam tu. Sudahnyaaaaaaaaaaa.......


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Jatuh kat tangga nak pi swimming pool tuh. Tersembam. Darah punya lah banyak! Meraung tak payah habaq la...Punya la kuat. Baju penuh dgn darah. Mama dah panic! Taktau nak buat apa dah masa tuh. Darah meleleh-leleh. Ingatkan gigi patah! Sib baik lagi tak patah...kalau dak...rongak la anak Mama...hehe.

Tapi budak 'buas' camtu lahhhh.... :D

Pastu terus kami ke Sg Isap utk hadiri kenduri Nurul, di sebelah pihak lelaki.


Kami bertolak balik lebih kurang 5.15pm setelah rehat2 dan mandi2 dulu di rumah mak Nurul. Sampai di rumah dekat pukul 11 jugak. Itu pun sesampai saja di Genting Sempah, kami terus ikut Jalan Gombak yang lama. Highway jammed! Rupanya ramai jugak yang lalu ikut jalan biasa ni, walaupun agak berbahaya sikit. Kalau kami saja yang lalu, seram gak. Tapi bila ramai, kurang la sikit takutnya. Takut sebab jalannya sempit dan berliku-liku.

Sampai di rumah, semua terus ZZZZzzzzzz...

Wednesday, June 10, 2009

Mercu Beach Resort

Pagi, lepas sarapan, Danish terus mandi kat swimming pool. Punyalah ramai budak2. Dah la kolamnya kecik...tapi ada jugak budak besaq yg mai mandi kat kolam budak kecik. Lagi la padat. Air kolam pun..so-so aja la...takat nak berendam sat boleh la. Papa mulanya nak mandi, tapi tak jadi..hikhik..


Danish berjalan menuju ke kafe utk sarapan - bihun sup (pagi2 dah mkn bihun sup..ayooo)

Mula-mula Danish agak takut bila Papa rendam dlm air..nak menangis lah tu..hehe


Pastu dah makin berani...pun ada 'kawan segera' yg nak melayan..



Tengokkk...Danish tgh melayan 'kawan segera' dia. Nama Aliya...


Mandi..nak bilas badan dari air kolam yang.........

Masuk je bilik..pekena susu sebotol...

to be continued...

Tuesday, June 9, 2009

Kami Ke Kuantan

Salam..

Kami ke Kuantan - 30 May lepas utk meraikan majlis perkahwinan adik Papa, Nurul. Kami bertolak pun dah lewat. Pukul 3.15pm. Sebabnya Sabtu tu Papa kerja. Jadi mmg dah lewat sampai ke Sg Isap, Kuantan. Kami sampai lebih kurang pukul 7 mlm rasanya. Dah tentu la majlis pun dah selesai. Tapi yg penting kami dtg juga utk meraikan pasangan raja sehari ini.

Pengantin kecik..tapi takde pasangan lagi.... :D

Selepas menjamu selera, kami terus ke Mercu Beach Resort. Check-in pun lebih kurang pukul 10 mlm. Dah alang-alang ke Kuantan, boleh jugak bwk Danish jln2. Lagi pun, kami dijemput oleh pasangan raja sehari utk pergi ke majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki, juga di Kuantan.


Papa tgh check-in. Beg pink lagikkk..hehe..beg susu Danish tuh..

Masuk je bilik, ini laaa kerja Danish


Danish tgh menjelajah ke sana ke mari...


to be continued..

Thursday, June 4, 2009

Spree Cleaning Dayssssssssssss

Salam...

Huh..AMAT PENAT!!

Isnin, bermula la Mama memulakan kerja2 pembersihan rumah. Hadoiiiiii...
Bila dah mula kemas2 camnih, rupanya..amatlah byk brg2 yg dah tak guna masih disimpan dlm rumah ni. Berkotak-kotak, berbeg-beg...kertas dan segala macam lagi yg patut dibuang. Itu pun ada yg Papa ambik balik, bila Papa tau Mama buang...benda2 yg Papa rasa penting, tapi dah tak penting bg Mama...wakakaka....Pastu mula la nak 'bergaduh'. Sorang nak buang, sorang nak simpan. Tapi mmg dah tabiat Mama la, kalau mengemas, mesti byk lah brg2 yg akan dibuang. Pastu akan dengaq la Papa membebel.."Semua nak buang...nanti sibuk nak beli lain"...Ok apa beli lain...dpt yg baru...muehehe.

Hari ni, Khamis, masih ada lagi yg perlu dikemaskan. Tolonggggggggggg........

Monday, June 1, 2009

Jemputan Ke Majlis Aqiqah

Salam..

Kami dah pun selamat pulang dari Kuantan. Alhamdulillah, semuanya selesai. Tapi ada 'memori luka' di Cherating untuk Danish. Haaa..apa tuh?? Akan diceritakan untuk n3 akan datang. Kali ini, khas untuk membuat jemputan ke Majlis Aqiqah Danish Aqil Bin Kamarul Arifin. Jemputan ini khas untuk kawan-kawan Papa dan Mama. Sudilah kiranya hadir ke majlis kecil ini.